Posts

Showing posts from September, 2012
Show All

It Gonna be a New Chapter...

Hari ini ada verification visit di sebuah syarikat di Ayer Keroh, Melaka. Macam biasa, handphone letak pada 'silent mode' sebab takut kacau masa tengah mesyuarat berbunyi. Dekat tengahari baru perasan ada miss call dari no telefon yang takde dalam direktori, nombor bermula dari 8885 XXXX. Tak pasti miss call dari siapa. Call back beberapa kali tapi tak berangkat. Tanya kawan, katanya macam nombor Putrajaya. Hati dah tak sedap. Agak-agak ada dua sebab dapat panggilan dari Putrajaya, (satu) dari Bahagian Pinjaman JPA...tapi rasanya pinjaman study JPA dah habis bayar. (Kedua) sebab permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk buat PhD..mungkin, tapi tak nak mengharap sangat... Call back lagi..dan kali ni berjawab, saya kenalkan diri "Saya Rashidi, tadi ada miss call, maaf tak dapat jawab sebab dalam mesyuarat". "En. Rashidi dapat tak lagi news?". Aku tanya balik "News apa?". "Permohonan HLP dah berjaya". Aku pause dalam dua