Posts

Showing posts from September, 2016
Show All

Bila salji turun

Bila di Switzerland, salji turun adalah satu nikmat. Masih ingat hari pertama ketika tahun pertama di Geneva, salji turun pada waktu tengah malam. Dari samar-samar cahaya lampu di depan rumah, dapat lihat dari tingkap salji seputih kapas turun dari langit. Sekali-sekala titis-titis salji berterbangan ke kiri dan kanan ditiup angin. Esok pagi bila bangun untuk ke pejabat, luar rumah kelihatan putih kesemuanya--pokok, rumah, kereta, jalan raya semua dilitupi salji tebal. Bila salji turun pada waktu pejabat dan bila habis waktu bekerja, dalam perjalanan pulang ke rumah terlihat beberapa buah kereta terbabas di "roundabout". Kereta terbabas masuk ke dalam semak sebab jalan licin. Bila cuti hujung minggu, saya dan jiran-jiran dari Malaysia mencari lokasi sesuai untuk bermain salji. Bukan anak-anak sahaja tapi juga ibu bapa. Bukan orang Malaysia sahaja yang main tau, mat saleh pun sama OK...hahaha. Biar gambar sahaja berbicara. Ini gambar-gambar di  pekan Versoix, sebuah pek