Creux de Champs keajaiban di Banjaran Alps
A ir dari glasier yang cair mengalir turun melalui sungai Hari ni sempena cuti Maal Hijrah (Selamat menyambut Maal Hijrah semua!), kitaorang ambil peluang hiking di Les Diablerets -- Creux de Champs di pergunungan Alps yang terletak di Canton Vaud. Tak berapa jauh dari rumah di Versoix kira-kita sejam dengan kereta. Creux de Champ adalah salah satu daripada tujuh keajaiban di Les Diablerets. Pada musim sejuk ia adalah sebuah resort ski tapi pada musim panas tak kurang pula cantiknya. Boleh je nak enjoy permandangan cantik. Kami meletakkan kenderaan di kawasan lapang bersebelahan dengan gelanggang tenis. Bermula dari Les Diablerets Tourist Office (i), kami ikuti jalan di sepanjang sungai ke Le Droutzay kemudian menuju ke hutan menuju Creux de Champ. Kira-kira 20 minit perjalanan, kemudian kami menyeberangi jambatan kecil dan aliran gunung untuk sampai ke jalan kaki yang lain. Kami terus menyusuri jalan hutan sehingga ke Van du Champs. Ketika menyusuri lorong-lorong kecil hutan d...