Saya masih di sini
Sudah setahun lebih saya tidak melawat blog saya sendiri :D. Lihat dari tarikh, catatan terakhir saya adalah pada bulan April 2014. Mungkin saya sibuk dengan penulisan akademik, hadiri kelas, peperiksaan, siapkan kerja-kerja kursus pengajian PhD saya pada dua atau tiga semester yang lepas. Pengajian PhD saya? masih berjalan seperti biasa, masih berfikir dan menulis, menulis dan menulis. Apa pun yang terjadi, cabaran di perjalanan yang gembira atau duka, saya tetap perlu menulis. Itu harapan yang diberi oleh keluarga, majikan dan penaja saya. Itu kepercayaan dan tanggungjawab saya yang perlu penuhi. Sungguh cepat masa cepat berlalu. Sudah dua tahun saya mengikuti pengajian PhD. Pengajian yang mencabar minda, jiwa dan raga. Pengajian tidak mengira masa, hari, bulan dan tahun. Bila cuti, bila tidak. Setiap satu hari sama sahaja. Kekadang hari pun lupa *senyum* Kadang kala bertemu rakan-rakan sepengajian mencurah perasaan kerana apa yang ditutur bicarakan, hanya...