Posts

Repost from My FB's Note: 25 Things About Me

1. My mother named me based on the main character of the novel Tenggelamnya Kapal Vanderwicjk. 2. I grew up in few places following my abah who was a soldier. But funny things, that these few places were only in two states i.e. Perak and Penang.  3. Thus, I never went to other states except Perak and Penang until I was in form 4 for lawatan sekolah ke Kuala Lumpur... 4. I simply love and dreamt of going overseas for so long since watching all those documentary series... now I have fulfilled my dream... I am here kan :) 5. I love Mind Your Language tv series when I was young... It really exposed me to English... when you are a born and raised in a low income family and you been to the sekolah kebangsaan environment, it meant a lot.. okay.. no one can teach you English language then and then... only your own initiative yang tolong.. thanks Mr Brown.. 6.Coming from low income family and big family (9 siblings), I learnt to be tough and independent.. it shapes me...

Air terbersih di dunia!

Kali ini saya hendak coretkan tentang pengalaman menarik tentang air di Switzerland. "Air"? Apalah yang menarik sangat? Biasa saja barangkali. Bagi kita di Malaysia, minum terus air terus dari corong-corong paip (tanpa di masak terlebih dahulu) memang agak janggal. Apatah lagi jika itu yang disediakan oleh restoran-restoran--jika gelas kosong diletakkan di sinki-sinki restoran untuk pelanggan. Pelik ya? Tak pelik jika ia adalah di Switzerland. Jika air boleh terus dimimum dari paip, bayangkan betapa bersih air yang mengalir dan bayangkan bagaimana disiplin rakyat Switzerland untuk memastikan bekalan air sentiasa bersih. Kesedaran yang bagi saya cukup menakjubkan. 80% bekalan air bersih di Switzerland mengalir dari lembah-lembah Alps dan juga dari sumber air dalam tanah (air mineral senang cerita). Yang selebihnya adalah air dari tasik-tasik natural atau buatan. Air sugai mengalir bersih di sebuah daerah kecil Versoix Pada mulanya saya tidak pasti kenapa gelas-gel...

Broga

Semasa zaman kolej aktiviti lasak dan 'adventurious' memang menjadi aktiviti harian. Tambahan pula saya menyertai PALAPES. Sejak memasuki alam pekerjaan aktiviti lasak semakin berkurang. Bukan tidak minat tapi disebabkan faktor kekangan masa. Saya sudah lama dengar nama "Broga" (sedap namanya) tapi selalunya saya tidak ambik kisah sangat. Rakan-rakan selalu berkongsi gambar-gambar Broga. Nampak cantik juga. Kebetulan cuti Chinese New Year yang agak panjang (4 hari). Macam biasa buat keputusan pada minit-minit terakhir juga, pada hari Ahad untuk mendaki Bukit Broga pada hari Isnin. Macam itu lah kami selalu tidak merancang dari awal-awal lagi. Ya. sedikit latar belakang Broga. Broga adalah sebuah bandar kecil yang terletak di persempadanan Selangor dan Negeri Sembilan kira-kira 50km dari bandar Sere mban. Manakala dari bandar terdekat Kajang pula kira-kira 20km. Perkara yang menjadi tumpuan di Broga adalah Bukit Broga. Bagi yang suka sukan mendaki, Bukit Broga...

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...