Yvoire, pekan abad pertengahan
Yvoire, Perancis hanya sebuah pekan nelayan terpencil di pinggir Tasik Geneva. Sebuah pekan kecil yang menyendiri tetapi unik dengan cara tersendiri. Pekan ini pernah memenangi pertandingan "the best kept villages in 1959" dan boleh dikatakan sebagai antara bandar yang tercantik di Perancis. Pekan kecil ini kegemaran kami pada musim bunga dan panas untuk membawa rakan-rakan dari Malaysia jika mereka melawat Geneva. Yvoire mempunya sejarah yang tersendiri pada zaman pertengahan Eropah. Bandar ini berkembang selari dengan peranan Tasik Geneva sebagai laluan utama di antara Perancis dan Itali di banjaran Alps. Bandar ini cantik dilawati pada musim bunga dan panas. Jadi tidak hairanlah jika bandar kecil ini memenangi anugerah antarabangsa " Landscape and Horticulture" pada tahun 2002. Jarak Yvoire, Perancis dan bandar terdekat Geneva, Switzerland adalah kira-kira 27km sahaja atau 45 minit dengan kereta. Pekan kecil Yvoire, Perancis. Sebuah bandar nelaya