Saya masih di sini
Sudah setahun lebih saya tidak melawat
blog saya sendiri :D. Lihat dari tarikh, catatan terakhir saya adalah pada
bulan April 2014. Mungkin saya sibuk dengan penulisan akademik, hadiri kelas, peperiksaan, siapkan kerja-kerja kursus pengajian PhD saya pada dua atau tiga semester yang
lepas.
Pengajian PhD saya? masih berjalan
seperti biasa, masih berfikir dan menulis, menulis dan menulis. Apa pun yang
terjadi, cabaran di perjalanan yang gembira atau duka, saya tetap perlu
menulis. Itu harapan yang diberi oleh keluarga, majikan dan penaja saya. Itu
kepercayaan dan tanggungjawab saya yang perlu penuhi.
Sungguh cepat masa cepat berlalu. Sudah dua tahun
saya mengikuti pengajian PhD. Pengajian yang mencabar minda, jiwa dan raga.
Pengajian tidak mengira masa, hari, bulan dan tahun. Bila cuti, bila tidak.
Setiap satu hari sama sahaja. Kekadang hari pun lupa *senyum*
Kadang kala bertemu rakan-rakan sepengajian mencurah perasaan kerana apa yang ditutur bicarakan, hanya kami sahaja yang faham. Sehingga kadang kala "Kenapa kita ambil ekonomi? Kenapa susah-susahkan diri?", "Orang lain semua ambil bidang yang mudah". Tidak apa, kesusahan yang beberapa semester lagi akan berakhir dan beberapa ketika berikutnya kami pasti akan tersenyum.
Dalam kesibukan, masih berusaha untuk mencari ruang-ruang kelapangan lain. --berkayuh, bersukan, bermotosikal dan blogging.
R.A.S.H.I.D.I.SAID
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas mesej anda. Saya akan menjawab mesej anda seberapa segera. Stay safe!
Thank you for your message. I will attend to your messages soonest possible. Stay safe!