Bila di Switzerland, salji turun adalah satu nikmat. Masih ingat hari pertama ketika tahun pertama di Geneva, salji turun pada waktu tengah malam. Dari samar-samar cahaya lampu di depan rumah, dapat lihat dari tingkap salji seputih kapas turun dari langit. Sekali-sekala titis-titis salji berterbangan ke kiri dan kanan ditiup angin. Esok pagi bila bangun untuk ke pejabat, luar rumah kelihatan putih kesemuanya--pokok, rumah, kereta, jalan raya semua dilitupi salji tebal.
Bila salji turun pada waktu pejabat dan bila habis waktu bekerja, dalam perjalanan pulang ke rumah terlihat beberapa buah kereta terbabas di "roundabout". Kereta terbabas masuk ke dalam semak sebab jalan licin.
Bila cuti hujung minggu, saya dan jiran-jiran dari Malaysia mencari lokasi sesuai untuk bermain salji. Bukan anak-anak sahaja tapi juga ibu bapa. Bukan orang Malaysia sahaja yang main tau, mat saleh pun sama OK...hahaha. Biar gambar sahaja berbicara.
Ini gambar-gambar di pekan Versoix, sebuah pekan kecil di Canton Geneva, dekat dengan sempadan Perancis.
adakah semua tempat di swiss akan dilitupi salji?
ReplyDeleteYa..mungkin masa saja berbeza. Yang dekat dengan Banjaran Alps dan Jura akan salji dulu.
DeleteKalau di area engelberg nak ke gunung titlis situ berapa kadar masuk..? Ada cable car kan utk ke atas sana.. Dan satu lgi adakh aktiviti di atas gunung titlis tu termasuk sekli dgn hrga tiket cable car dri engelbergh?
ReplyDeleteBetul ada cable car. Rate pergi balik dlm CHF90. Tapi kalau ada swiss travel pass dapat 50% discount. Aktiviti yg ada selain tengok panorama hanya main sled (lungsur salji). Peralatan kena sewa dlm CHF20.
DeleteBoleh rujuk http://www.engelberg.ch
Deletemasya Allah ...
ReplyDeletebest nya...
semoga satu hari nanti dapat sampai ke sana
Insya Allah
Ameen
Delete