10 tanah tinggi di Switzerland yang best!

Creux du Van. (c) rashidisaid
Jika setiap hari mendaki sebuah gunung di Switzerland, tempoh setahun masih belum mencukupi untuk menakluki semua gunung di Switzerland. Mungkin 2 tahun atau lebih. Begitulah gambaran bilangan gunung di Switzerland. Terdapat kira-kira 450 buah gunung di seluruh Switzerland yang terletak di sebelah kiri Banjaran Jura dan di sebelah kanan Banjaran Alps. 450 gunung ini mencakupi kira-kira 2/3 bentuk muka bumi Switzerland. Di tengah-tengah pula terbentang luas bukit-bukau Switzerland. Itu belum masuk lagi kira-kira 7,000 buah tasik (103 darinya adalah tasik bersaiz besar). Nanti kita cerita tentang tasik dan gunung ini. Bagaimana gunung dan tasik ini menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh dunia untuk aktiviti-aktiviti seperti mendaki, "jungle trekking", berbasikal (gunung dan jalanan), mengembara dengan motosikal, aktiviti ski dan lain-lain. Banjaran ini dikongsi oleh 8 buah negara Eropah: Perancis, Monaco, Switzerland, Itali, Liechtenstein, German, Austria dan Slovenia.
Creux du Van hakisan berjuta tahun dulu ©rashidisaid

Pertama, nak kongsi tentang gunung sebab di dalam "itinerary" korang pasti akan ada aktiviti naik gunung kan? Paling tidak naik "Jungfrau". Itu adalah aktiviti wajib dalam itinerary agen pelancongan. Post ini akan menceritakan 10 puncak gunung paling best yang korang boleh naik bila di Switzerland. Berdasarkan pengalaman saya, rakan-rakan serta pembacaan saya. Saya tak ada pengalaman mendaki ke semua gunung ini sebab bilangannya terlalu banyak tapi saya boleh berkongsi untuk korang dapat sedikit idea bila nak rancang itinerary. Post saya boleh jadi panduan awal korang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website-website yang berkaitan sebab maklumat semua dihujung jari dan Google sahaja. Semua 10 gunung ni bukan "ranking" tapi antara yang boleh korang pergi -- "beauty is in the eyes of beholder". Satu lagi tip: kalau tak suka dengan kesesakan terlalu ramai pelancong, elakkan hari minggu. Pergi masa 'weekdays'.

PERTAMA ::  Jungfrau (Top of the Europe)

Puncak Jungfrau. Kredit foto: jungfrau(dot)ch
Jungfrau adalah warisan dunia UNESCO. Jungfraujoch terletak di Banjaran Alps di kanton Bern dengan ketinggian 4,158 meter (13,625 kaki) di atas permukaan laut. Jungfrau adalah puncak ke-16 tertinggi di Switzerland. Ia adalah dataran glasier, di sebahagian kawasan Jungfrau terletak di sempadan antara kanton Bern dan Valais, di tengah-tengah antara Interlaken dan Fiesch.

Pada suhu purata -7.9 ° C (17.78 ° F)  bermakna ia bersalji selama 365 hari setahun. Jungfraujoch dapat diakses dalam dua jam dari Interlaken sepanjang tahun. Pengunjung boleh melakukan perjalanan sama ada melalui Lauterbrunnen atau Grindelwald melepasi lorong gunung Kleine Scheidegg dan terus dengan Kereta Api Jungfrau melalui Eiger dan Mönch.

KEDUA :: Matterhorn

Pemandangan Matterhorn dari
bandar Zermatt. Kredit foto: MySwissAlps(dot)com
Gunung Matterhorn adalah salah satu gunung yang paling terkenal dan indah di Eropah dengan ketinggian 4,478 meter, ke-5 tertinggi di Switzerland. Keindahan unik yang ada pada gunung ini menjadikannya gunung yang paling banyak difoto di Eropah. Matterhorn terletak di sempadan kanton Valais antara Zermatt dan resort Itali Breuil-Cervinia, merupakan syurga bagi korang yang suka dengan ‘scenery’, kedamaian dan ketenangan. Bentuk piramidnya yang simetrik, gigi berbatu yang mencapai langit dan pantulan cahaya dari Stellisee yang berdekatan menjadikan pemandangan Matterhorn sebagai pemandangan semula jadi yang unik di Zermatt. Korang mungkin pernah nampak gigi berbatu ni rasanya – bentuk cokelat Toblerone dan gambar gunung pada bungkusan cokelat itu adalah Metterhorn.

Kredit foto: zermatterhorn(dot)info
Gunung ini tidak menawarkan alternatif (berkereta atau keretapi) untuk sampai ke puncak selain mendaki. Bukan sahaja tempat yang megah tetapi juga tempat yang mencabar bagi bukan pendaki. Bagi korang yang berminat, masa terbaik untuk memanjatnya adalah pada musim panas. Pendakian dianggap sukar bagi pendaki amatur. Bagi pendaki yang berminat perlu bersiap secara fizikal dan psikologi beberapa bulan sebelumnya. Bagi yang bukan pendaki, pilihan lain adalah dengan melihat Matterhorn dari beberapa pemandangan terbaik di tasik Schwarzsee atau Stellisee atau hanya mengambil gondola ke Gornergrat atau hanya dari bandar Zermatt.

KETIGA :: Pilatus

Gunung Pilatus terletak di tengah Switzerland kira-kira 50km dari bandar Zurich. Kedudukan pusatnya menjadikan gunung ini terletak di tiga kanton: Obwalden, Nidwalden, dan Luzern. Puncak tertinggi di kawasan pergunungan ini terletak di sempadan antara Obwalden dan Nidwalden dengan ketinggian 2,128 meter. Korang yang berminat boleh sampai di puncak Pilatus dengan dua cara:

Permandangan dari Fräkmüntegg, Pilatus: Kredit foto: luzern(dot)com
Pertama: dengan Pilatus Railway, dalam 30 minit perjalanan dengan keretapi paling curam yang pernah diketahui di dunia iaitu berkecerunan 48 darjah. Pilatus Railway menawarkan perkhidmatannya dari Mei hingga November, permulaan musim sejuk.

Kedua: dengan mengambil gondola. Sepanjang perjalanan dengan gondola, korang akan melalui dua stesen gunung. Di stesen pertama, Krienseregg dan seterusnya ke Fräkmüntegg yang keseluruhannya mengambil masa kira-kira 30 minit. Sepanjang perjalanan itu, korang boleh menikmati pemandangan indah yang ditawarkan gunung ini sepanjang musim.

Jarak bandar Zurich ke Pilatus adalah kira-kira 50km sama ada dengan bas, keretapi, teksi atau kereta. 

KEEMPAT :: Titlis

Titlis pada musim sejuk. Kredit foto: zuerich(dot)com
Titlis adalah gunung yang terletak di sempadan antara kanton Obwalden dan Bern dengan ketinggian 3,238 meter (10,623 kaki) dari aras laut, menjadikan ia puncak tertinggi merentangi utara Susten Pass, antara Bernese Oberland dan tengah Switzerland. Ia boleh diakses dari Engelberg di sebelah utara dengan kereta kabel. Sistem kereta kabel menghubungkan Engelberg ke puncak Klein Titlis melalui tiga stesyen iaitu Gerschnialp (1,262 meter), Trübsee (1,796 meter) dan Berdiri (2,428).

Bahagian terakhir kereta kabel mengarah ke atas glasier. Di Klein Titlis, korang boleh mengunjungi gua glasier dari pintu masuk di stesen kereta kabel, Titlis Cliff Walk, jambatan gantung tertinggi di Eropah dibuka pada bulan Disember 2012, dengan pemandangan di Banjaran Alps. Ramai orang ke Titlis sebagai pilihan yang lebih murah dan lebih mudah daripada Jungfraujoch.

Bagi korang yang melawat Switzerland pada musim sejuk, banyak aktiviti boleh dibuat di sini, tentunya bermain ski, luncur salji dan jalan kaki musim sejuk. Pada musim panas, terdapat banyak aktiviti lain untuk dinikmati seperti mendaki, berbasikal gunung atau mendayung di tasik Trübsee.

Bergantung kepada tempat tinggal korang sama ada di Zurich atau Lucerne, kedua-duanya boleh ke Titlis. Boleh juga kalau hendak dari Zurich – Lucerne – Tislis. Ikut itinerary masing-masing sebab pengakutan awam mudah atau dengan kereta sewa.


KELIMA :: Eiger

Eiger pun menjadi salah satu gunung yang paling terkenal di dunia dengan ketinggian 3,967 meter. Terkenal kerana keindahannya yang unik, dan juga mungkin mimpi ngeri kerana ‘cabaran’ di bahagian utaranya atau ‘north face’. Korang mungkin pernah dengar jenama “North Face” kan, pakaian musim sejuk? Eiger adalah sebahagian dari Pergunungan Alps Bernese di kanton Berne. Ia menawarkan pemandangan memukau Grindelwald dan Lauterbrunnen.

Apa yang menjadikan gunung ini salah satu yang paling terkenal adalah sisi utaranya (north face) atau dikenali sebagai Mordwand atau “Wall of Death" atau “dinding pembunuh”. Bahagian gunung ini kebanyakannya diliputi oleh batu dan ais. Ramai yang telah mencuba selama bertahun-tahun untuk mendakinya. Ramai yang berjaya dan ada juga yang kehilangan nyawa dalam perjalanan ke puncak. Oleh kerana ketinggian, keadaan cuaca, dan cerun curam, sisi utara Eiger lebih selamat untuk didaki oleh pendaki profesional. Bagi pendaki bukan profesional, Eiger menawarkan laluan lain untuk mendaki iaitu melalui South Ridge dan Western Flank. Walaupun ia dianggap sebagai laluan yang lebih selamat berbanding Mordwand, korang masih perlu buat persiapan berbulan-bulan sebelum memulakan pendakian.

Kalau korang bukan pendaki, korang boleh ambil Kereta Api Jungfrau ke stesen di Eigergletscher dan terus ke Eiger Trail. Dari sini, korang boleh berjalan selama satu jam di sepanjang kaki Eiger North Face sambil melihat pemandangan indah di Wetterhorn dan Grosse Scheidegg. Sekiranya korang membawa teropong, korang boleh melihat para pendaki bergantung sambil menghadap ke permukaan batu gunung.

KEENAM :: Glacier 3000

Glacier 3000 adalah satu-satunya kawasan ski
Jambatan gantung Glacier 3000.
Kredit foto: MySwitzerland(dot)com
di Bernese Oberland dan memungkinkan untuk menawarkan sukan musim sejuk dari akhir Oktober hingga awal Mei. Glacier 3000 dengan ketinggian 2,965 meter mampu memberikan pemandangan yang menakjubkan di Bernese Alps di mana korang boleh nampak dari jauh 24 puncak lebih dari 4,000 meter tinggi seperti Eiger, Mönch, Jungfrau, Matterhorn, Grand Combin dan Mont Blanc.

Di puncak Glacier 3000 terdapat jambatan gantung pertama di dunia yang menghubungkan dua puncak gunung. Untuk ke sini korang boleh ambil bas dari Gstaad atau Les Diablerets ke Col du Pillon, kemudian ambil gondola ke stesen puncak Glacier 3000.

KETUJUH :: Rochers-de-Naye

Stesen di puncak Rochers-de-Naye ©rashidisaid
Rochers-de-Naye terletak di kanton Vaud dengan ketinggian 2,042 meter juga mempunyai pemandangan yang cantik. Pada ketinggian ini korang boleh nampak puncak-puncak lain dari jauh macam Mont Blanc dan Mettahorn dan pemandangan yang menakjubkan di bawah iaitu Tasik Geneva yang berkeluasan kira-kira 580 km/persegi. Dari hujung ke hujung saja (Geneva – Montreux) menjangkau hampir 100km, lebih kurang panjangnya Kuala Lumpur ke Slim River. Bayangkan korang memandu dari Kuala Lumpur ke Slim River yang sepanjang perjalanan adalah tasik.

Korang boleh menaiki keretapi dari stesen Montreux melalui Glion dan Caux ke puncak. Keretapi hingga ke Rochers-de-Naye beroperasi sepanjang tahun termasuk pada musim sejuk.

KELAPAN ::  Mont Fort

© melodysky(dot)com
Mont Fort memiliki ketinggian 3,300 meter boleh juga menjadi itinerary gunung korang. Goldola akan bermula di La Tzoumaz, Verbier atau Nendaz ke Mont Fort. Seperti juga yang lain, korang boleh lihat gunung-gunung lain dari jauh macam Matterhorn, Dent d'Hérens, Grand Combin, Mont Blanc dan puncak-puncak lain di sekitar. Dari puncak, korang kemudian boleh mendaki dan menunggu matahari terbit.

Mont Fort dikelilingi oleh beberapa glasier, yang terbesar adalah Glacier de Tortin, di sebelah barat lautnya. Yang kedua terbesar adalah Glacier du Mont Fort, yang terletak di sebelah timur lautnya. Di sebelah timurnya terdapat puncak bawah Benteng Petit Mont (3,135 m). Benteng Glacier du Petit Mont terletak di antara dua puncak. Tidak ada glasier di sebelah selatan gunung. Sebuah tasik kecil bernama Lac du Petit Mont Fort pada ketinggian 2,764 meter terletak di tebing selatan.

Korang boleh ke Mont Fort dari Verbier: Gondola rail and chairlift to La Chaux, kereta kabel Col des Gentianes terus ke Mont Fort. Kedua dari Haute-Nendaz dengan bas ke Siviez, chairlift Tortin, kereta kable Col des Gentianes ke Mont Fort.

KESEMBILAN :: Monte Rosa

© LafargeHilcim Foundation
Monte Rosa adalah gunung tertinggi di Switzerland dengan ketinggian 4,634 meter dari aras laut. Anda boleh mendaki gunung jika anda seorang pendaki gunung yang mahir. Jika korang bukan pendaki, pilihan lain adalah pergi ke chalet-chalet di Monte Rosa dan korang boleh bermalam di sana. Ia adalah pengalaman yang menakjubkan di kaki gunung. Tapi kena berhati-hati juga sebab hendak ke chalet tu kena melintasi glasier kecil, jadi diperlukan pengalaman dan peralatan yang tepat (crampon dll). Atau jika anda ingin melakukannya dengan cara yang selamat, korang boleh menyewa "tour guide" panduan untuk membawa anda ke sana dari Zermatt. Nota: Korang boleh panggil helikopter penyelamat tapi dengan harga dengan caj RM20,000. Nak?

KESEPULUH :: Creux du Van

Tebing amfiteater ©rashidisaid
Creux du Van terletak di seberang Tasik Neuchâtel yang berbentuk dinding batu separa bulat (amfiteater) gergasi yang wujud secara semula jadi atas banjaran Jura bersempadan dengan Perancis. Amfiteater semula jadi ini mempunyai diameter satu kilometer dan merupakan hasil hakisan berterusan oleh air dan ais berjuta-juta tahun lalu. 

Apabila korang berada di tepi tebing amfiteater ni, korang boleh berjalan mengelilingi amfiteater tapi kalau korang seorang yang takutkan ketinggian memang agak menggerunkan. Tarikan kedua di sini adalah lombong asfaltnya. Antara tahun 1711 dan 1986, sistem terowong sejauh 100 kilometer didirikan di sini. Jalan-jalan di Paris, London dan New York diturap dengan aspal dari lembah ini. Hari ini satu kilometer lombong yang tidak digunakan dibuka untuk pengunjung.

Creux du Van mempunyai akses yang mudah kerana hanya melibatkan dakian tidak curam kira-kira 1km sahaja dari tempat letak kereta di sebuah restoran di sini. Kalau korang cukup stamina, korang boleh meneroka dengan berjalan kaki keseluruhan lembah ni kira-kira 14km dalam masa 4 jam. Dari Geneva atau Lausanne ke sini adalah kira-kira 1 jam dengan kereta sahaja disebabkan tiada alternatif pengankutan lain ke sini.

Itu sahaja sepuluh puncak yang dicadangkan. Korang boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Nak yang mencabar korang pilihlah yang tertinggi dan kalau mahukan yang santai ambil yang dekat dengan bandar, senang diakses dan mudah didaki. Selamat melancong!

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k

Halal Journey in Geneve... the Halal Meat

As I mentioned in an earlier post, there are many Halal restaurants available in Geneve.  This is due to a very large Muslim community here be it expatriates, visitors or the local population.  In fact, if you walk anywhere in Geneve center, you will always encounter many Muslims especially women wearing Hijab.  Today, I will be sharing with you where to find Halal food ingredients (later I will share about restaurants).  Boucheries: for chicken (poulet), beef (beouf) and related products 1. Geneve centre Fresh products in Geneve is a little bit pricey as compared to those in France.  However, just in case, you need to buy in small portion, these places are available for you to find the products. (a) Kamel Halal Meat Sàrl , rue de Lausanne 55, 1202, Geneva , Switzerland Opening Hours:   Monday                  Tuesday                        Wednesday                Thursday                    Friday                             9am-12pm; 3-7pm    9am-12pm; 3

On a footed destiny…

“The foot feels the foot when it feels the ground.” Buddha quotes (Hindu Prince Gautama Siddharta, the founder of Buddhism, 563-483 B.C.) --> “Patah kaki” literally described us when we started our life in Versoix. The mode of transport was a 10-minute walk to the nearest bus stop called Les Fayards. From there, we have to take a TPG (Transport Public Genevois) bus which operates almost every hour to Geneva. The journey on the V-bus would take us around 50 minutes along the countryside, down the lane and up the hill, passing by monuments, the Red Crescent HQ, the UN place and homes. --> It was winter and a 10-minute walk could feel like forever with the cold frigid wind blow against you. I could not imagine hubby going out early in the morning, walking towards the bus stop and waiting for the bus in the winter season. Sometimes, he had to brace the thick snow or the slippery black ice along the road. From his office, another 10 minutes walk to the nearest bus st