C.E.R.N meneroka alam ciptaan tuhan

Sebenarnya banyak perkara yang hendak dicoretkan. Kalau boleh pada hari itu juga. Tapi kelemahan manusia (saya la tu!), tidak pandai mencuri masa. Oleh itu, guna alasan tidak berkesempatan dan sibuk dengan urusan kerja. My bad. 
C.E.R.N sepanjang 27km di sempadan Switzerland-Perancis

Hari ini saya nak mencoret tentang C.E.R.N. C.E.R.N? apa tu? Kepada ahli ekonomi, cikgu, pegawai bank, jurujual, pemandu, peniaga, perkataan C.E.R.N mungkin agak pelik. Tapi cuba tanya ahli fizik atau mereka yang belajar atau minat fizik C.E.R.N adalah tempat 'idaman' untuk dilawati. C.E.R.N memiliki sebuat makmal kajian partikel fizik yang terbesar di dunia. Besarnya melangkaui dua bandar di dua buah negara--Switzerland dan Perancis. Masuk melalui pintu sebelah Perancis, boleh keluar melalui pintu satu lagi di negara Switzerland. Sebenarnya, saya dan rakan mendapat peluang menjejakkan kaki ke C.E.R.N apabila rakan diplomat dari Filipina memaklumkan bahawa suaminya yang bekerja di C.E.R.N ingin menganjurkan satu sesi lawatan. Kami memberikan nama kami untuk lawatan itu.

C.E.R.N?
C.E.R.N adalah singkatan untuk European Organization for Nuclear Research atau dalam bahasa Perancis
C.E.R.N 
di mana singkatannya diambil Counsel Europeen Pour la Recherche Nucleaire. Di sini mereka mengkaji bagaimana alam semesta terbentuk. Ini kajian ilmu fizik. 
C.E.R.N wujud sejak tahun 1950 lagi. C.E.R.N menempatkan sebuah mesin yang paling besar dan kompleks di dunia. Mesin yang panjangnya melangkaui dua sempadan negara yang terdiri dari "accelerator" dan "decelerator" dan "Large Hardron Collider" sepanjang 27km (berbetuk bulatan) seberat 23,000 tan.

Terdapat lebih 7,000 ahli fizik yang menjalankan kajian di sini. Mereka mewakili lebih dari 500 buah universiti dan terdiri dari lebih 80 buah negara. 


Tempat letak kereta di C.E.R.N. Bendera 12 negara Eropah.
Di hadapan adalah Banjaran Jura di Perancis
C.E.R.N ditubuhkan pada tahun 1950 oleh 12 buah negara Eropah, dan mereka sehingga kini masih lagi menjadi ahli kepada C.E.R.N. Mereka adalah penyumbang dana utama untuk C.E.R.N. German sahaja menyumbang sebanyak CHF223 juta (RM800 juta) untuk penyelidikan sains di C.E.R.N.

Ya. Satu lagi. CERN adalah tempat di mana world wide web (www) dicipta!

C.E.R.N dan kajian sains
Saya hendak kaitkan kajian ilmu dengan islam. Maknanya islam dan sains. Sungguh hebat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang bersifat universal--merangkumi bidang sejarah, ekonomi (muamalat), perubatan, kejuruteraan, dan sains lain. Al-Quran menyebut ciptaan langit dan bumi, itu semestinya kuasa Allah S.W.T sebagai Tuhan Maha Pencipta (Creator). Tapi Allah bagi keupayaan minda kepada umat manusia untuk mengkaji dan berfikir. Bagaimana alam ini terbentuk? Seperti juga ciptaan manusia dari segumpal darah. Al-Quran menyebut dan ahli sains mengkaji. Dari situ lahirnya pelbagai cabang ilmu perubatan yang bermanafaat kepada manusia pada hari ini kan. Itu sains perubatan tetapi bagaimana pula bumi, planet, bintang, dan galaksi? Kita lihat dan baca di dalam Al-Quran:

“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada diantara keduanya dalam waktu enam hari, kemudian dia bersemayam di atas Arsy. Kamu semua tidak memiliki seorang penolong dan pemberi syafaat pun selain diri-Nya. Lalu, apakah kamu tidak memperhatikannya ?” (Al-Sajdah [32] :4 )
“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi ini keduanya adalah dahulu suatu yang padu kemudian kami pisahkan di antara keduanya. Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak beriman?” (Al Anbiya:30)
“Dan langit itu kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Adzaariyat :47)

Itu antara yang disebut oleh Allah S.W.T tentang ciptaan alam semesta. Manusia di CERN, mereka mengkaji. Mengkaji tentang alam. Betulkah alam terbentuk dari satu "letupan"? Mereka ahli sains ini ingin mengkaji, membuktikannya, dan memahami. Letupan yang menyebabkan bintang, bumi, matahari, dan langit terpisah. Al-Quran telah nyatakan dalam surah Al Anbiya:30. 

Kami dibawa melawat di sekitar kompleks CERN. Perincian sains tentang setiap kajian yang dibuat di sini memang saya tidak berapa faham (terus terang!) sebab saya buat ahli sains fizik, saya ahli ekonomi. Apa yang saya faham dengan jelas adalah kos untuk penyelidikan ini, cukup banyak menelan belanja bilion euros. Itu kos yang perlu dibayar untuk merungkai rahsia alam.

Yang menjadi nadi kepada penyelidikan "big bang" ini adalah "Large Hadron Collider (LHC)" dengan bahasa mudahnya mesin yang akan membawa partikel-partikel melalui superkonduktor elektromagnetik untuk pelanggaran. Panjang keseluruhan mesin ini termasuk "beam" yang berbentuk bulatan (cincin) ini adalah 27km.

Compact Muon Solenoid (CMS)--pengesan partikel
Compact Muon Solenoid (CMS)
Pelawat diberi penerangan


R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...