Posts

Showing posts from 2017
Show All

Nostalgia di bumi Swiss

Saya tiba di Geneva Airport pada pukul 12.30 tengahari. Bila tiba di airport, Yusof, pemandu Pejabat Perwakilan dah menunggu di pintu luar balai ketibaan. Saya tak kenal tapi bila keluar dari balai ketibaan dia sudah tersenyum. Yusof kenal saya melalui gambar sahaja katanya. Yusof adalah pemandu baru Pejabat Perwakilan yang berasal dari Algeria. Bila tiba di luar pintu airport, saya sedut udara Geneva yang sudah saya tinggalkan selama 7 tahun. Masih segar, sejuk, dan bersih seperti dulu..hmmm. Mulut berasap! sebab udara sejuk. Saya ambil peluang dengan masa yang terhad melawat pekan Versoix, Geneva sebelum mesyuarat penuh dari Isnin hingga Jumaat. Takut tak sempat sebab flight balik pada awal pagi Sabtu. Untuk ke Vesoix, saya perlu menaiki bus yang se jam sekali pada hari Ahad -- jadual saya rasa cukup pelik 1.36, 2.36, 3.36, 4.36. Siap ada tiga puluh enam minit. Tapi saya tidak terkejut sebab bas memang tiba pada pukul 4.36. Saya ambil bas yang sama iaitu bas "V" (mung

"Balik Kampung"

Dah lama tak update blog ni sebab kesibukkan penyediaan tesis P.hD saya. Alhamdulillah, tesis sudah dihantar untuk pemeriksaan pada hujung Ogos yang lepas. Ketika ini saya hanya menunggu tarikh untuk viva vorce saja. Lama juga menunggu. Mungkin disebabkan external examiners menyemak tesis agak memakan masa--seorang examiner dalaman UPM, seorang dari UIAM, and seorang Prof. dari Korea. Pada ketika ini saya telah pun mula bertugas semua (kontrak JPA pun dah habis). Niat hari nak bertugas di pejabat berdekatan dengan rumah, tapi rezeki tetap di Kuala Lumpur. Maknanya kena berulang alik dari Kajang ke KL setiap hari. Takpe. Saya terima dengan hati terbuka :D Setelah sebulan, saya di arah untuk bertugas ke Geneva semula selepas 7 tahun sejak balik dari Geneva. Teruja! sebab akan "balik kampung". Di dalam kepala macam-macam benda nak buat --melawat tempat tinggal lama di Chemin Regiment de Conti, Versoix, melawat sekolah lama anak di Pregny, merayap di tepi tasik Geneva..wah ma

Kampung-style retreat at Sungai Besar

Early August this year, we decided to travel to Sungai Besar for a farewell visit to our sister-in-law who’s migrating to Australia.  At the same time, we took the opportunity to rent a homestay in the middle of the paddy field to experience the serene and idyllic experience of kampung lifestyle. As it was a last minute decision, most of the homestays nearby Sungai Besar were fully booked! At last, we managed to book one known as Villa Gemilang Homestay situated at Parit 6½.  For a two-room homestays, it was quite affordable as the rate was only RM160 per night. To get to Sungai Besar, we tried to avoid the Jalan Kuala Selangor route as the few times when we used this route, we were frustrated by the condition of the road and the traffic jam there.  Thus, we tried new route via Bukit Tagar which crisscrossed forested areas and two FELDA settlements. Along the route, we managed to make few pitstops in order to look for “pucuk midin,” a rare species of consumable fern. Upon arri

Salam Aidilfitri... 2017

Di hari2 terakhir bulan Ramadhan dan menyambut Aidilfitri 2017, teringat plak kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan.  Sepuluh tahun yang lepas, hari raya pertama disambut bersama keluarga Geneva. Perasaan agak berbeza dulu dan sekarang tatkala di negara sendiri berbanding di perantauan.  Di sana mungkin sbb jauh dari sisi keluarga, terasa kerinduan menggamit perasaan menjelang Ramadhan dan Syawal. Semua persiapan dibuat sendiri.. lemang, ketupat dan rendang mengikut kesesuaian dan sumber yang ada. Lemang dibuat sendiri dengan meng-google resepi yg terbaik mengunakan daun pisang dan aluminium foil manakala ketupat segera menjadi pilihan. Hari pertama, kami berkumpul di rumah duta Malaysia ke WTO, YBhg Datuk Mohd Nor dan keluarga yang merupakan "ibu" dan "bapa" angkat keluarga Malaysia di sini bersama rakan-rakan yang lain dengan pot lucknya... di sini kami akan mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah dan diikuti dengan jamuan hari