Posts

Showing posts from April, 2014
Show All

Raja dan sebutir biji benih

Di sebuah negara, tibalah masanya untuk seorang raja yang sudah tua untuk turun dari tahta. Raja tersebut membuat keputusan untuk tidak melantik pewaris dari kalangan anak-anak baginda atau sahabat seperti kebiasaanya. Raja tersebut membuat keputusan untuk melantik dari kalangan rakyat jelata. Pada suatu hari, raja tersebut memanggil anak-anak muda ke istana dan berkata “Memandangkan usia beta yang sudah tua, beta rasa sudah tiba masanya untuk beta turun dari tahta dan melantik salah seorang dari kamu bagi menggantikan tempat beta. Pada hari ini, beta akan memberi sebutir biji benih yang sangat istimewa. Beta mahu setiap seorang dari kamu menyemai biji benih ini dan dan tunjukkan pada beta pohon tersebut dalam tempoh setahun yang akan datang. Beta akan melantik salah seorang dari kalangan kamu berdasarkan pohon yang kamu bawa”. Maka pulanglah anak-anak muda ke rumah dengan masing-masing dengan membawa sebutir biji benih. Salah seorang pemuda tersebut bernama Ling. Apabila Ling