Posts

Showing posts from June, 2017
Show All

Salam Aidilfitri... 2017

Di hari2 terakhir bulan Ramadhan dan menyambut Aidilfitri 2017, teringat plak kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan.  Sepuluh tahun yang lepas, hari raya pertama disambut bersama keluarga Geneva. Perasaan agak berbeza dulu dan sekarang tatkala di negara sendiri berbanding di perantauan.  Di sana mungkin sbb jauh dari sisi keluarga, terasa kerinduan menggamit perasaan menjelang Ramadhan dan Syawal. Semua persiapan dibuat sendiri.. lemang, ketupat dan rendang mengikut kesesuaian dan sumber yang ada. Lemang dibuat sendiri dengan meng-google resepi yg terbaik mengunakan daun pisang dan aluminium foil manakala ketupat segera menjadi pilihan. Hari pertama, kami berkumpul di rumah duta Malaysia ke WTO, YBhg Datuk Mohd Nor dan keluarga yang merupakan "ibu" dan "bapa" angkat keluarga Malaysia di sini bersama rakan-rakan yang lain dengan pot lucknya... di sini kami akan mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah dan diikuti dengan jamuan hari