Posts

Showing posts from 2022
Show All

Kembara 7 malam dengan Motorhome di Switzerland berbaloi tak?

Sebenarnya hasrat nak mengembara dengan campervan atau motorhome dah lama. Dari kali pertama di Geneva dulu pada tahun 2008-2010, nak cuba tapi asyik bertangguh. Trip kali ni memang agak teruja sebab ia satu pengalaman baharu, sebelum ini pengembaraan banyak dengan kereta atau kapal terbang. Jadi kami putuskan mengapa kali ni tak cuba mengembara dengan motorhome? Mengembara dengan motorhome kena buat perancangan rapi dan tempahan kena buat lebih awal terutamanya kalau mengembara pada musim panas sebab permintaan untuk kenderaan motorhome agak tinggi. Dalam bulan Mei sebelum cuti musim panas bulan Ogos, saya buat perancangan dengan mencari syarikat-syarikat sewa motorhome secara online, cari syarikat sewa motorhome yang berdekatan dengan Geneva supaya senang untuk ambil dan hantar motorhome kelak.  Perancangan kitaorang lebih kurang macam ni: Pertama : Dengan ahli keluarga seramai lima orang, saya bandingkan kos sewa hotel dengan sewa motorhome dan kos-kos lain. Kami dengan ahli keluarg