Posts

Showing posts from February, 2016
Show All

Broga

Semasa zaman kolej aktiviti lasak dan 'adventurious' memang menjadi aktiviti harian. Tambahan pula saya menyertai PALAPES. Sejak memasuki alam pekerjaan aktiviti lasak semakin berkurang. Bukan tidak minat tapi disebabkan faktor kekangan masa. Saya sudah lama dengar nama "Broga" (sedap namanya) tapi selalunya saya tidak ambik kisah sangat. Rakan-rakan selalu berkongsi gambar-gambar Broga. Nampak cantik juga. Kebetulan cuti Chinese New Year yang agak panjang (4 hari). Macam biasa buat keputusan pada minit-minit terakhir juga, pada hari Ahad untuk mendaki Bukit Broga pada hari Isnin. Macam itu lah kami selalu tidak merancang dari awal-awal lagi. Ya. sedikit latar belakang Broga. Broga adalah sebuah bandar kecil yang terletak di persempadanan Selangor dan Negeri Sembilan kira-kira 50km dari bandar Sere mban. Manakala dari bandar terdekat Kajang pula kira-kira 20km. Perkara yang menjadi tumpuan di Broga adalah Bukit Broga. Bagi yang suka sukan mendaki, Bukit Broga