Superbiking

Entah. Rasanya minat @mimpi pada motor besar (superbike) sudah lama sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi pada masa itu hanya sekadar minat. Minat budak-budak lelaki apa saja yang beroda, kenderaan beroda dua atau beroda empat. Memiliki superbike pertama Kawasaki ZX2 (250cc) ketika tinggal di Jalan Duta, KL. Masa itu 2 tahun sebelum posting ke Geneva. Beli dari rakan pada harga RM8,500. Cukuplah 250cc sebagai permulaan.

ZX2R

Setelah mendapat berita saya akan ditukarkan ke pejabat di Geneva Switzerland, hati sedih bercampur gembira. Sedihnya sebab kena tinggalkan segalanya. Jual semuanya, perabot, kereta, dan motosikal. Kosong. Masih ingat dua minggu sebelum posting kami buat "Garage Sale". Habis semuanya dari sebesar-besar sofa ruang tamu sehingga ke sekecil kotak kunci..hahaha. Superbike yang saya iklankan sudah ada yang ingin merisik oleh seseorang dari Klang. Mudah, beliau datang tengok dan test ride, terus setuju nak beli. Bayar dan terus bawa balik. Mudah sungguh. Ya pada harga yang lebih mahal dari yang saya beli. Beliau setuju dengan harga saya RM9,500. Bertukar tangan. Kereta pula saya telah jual pada penjual kereta terpakai di Jalan Pahang, KL.

Bila tiba di Geneva, minat saya pada superbike tidak pula pudar. Setiap hari apabila melalui lorong-lorong di Geneva, mata sesekali menjeling superbike di dalam kedai-kedai di situ dan sesekali berhenti melihat melalui cermin luar. Jakun dan kagum kemudian berlalu dan pendam. Begitulah selama beberapa bulan. 

Akhirnya, hajat tercapai. Saya memiliki sebuah Honda CBR900 (900cc) yang dibeli di sebuah kedai motosikal di Geneva. Kedai yang sentiasa dijangkauan mata apabila berulang-alik bermain badminton setiap minggu. Memang akan melalui kedai ini. Saya memiliki superbike ini selama setahun. Setahu saya, hanya saya sahaja yang bersungguh-sungguh untuk memiliki motor besar. Rakan diplomat yang lain minat juga tapi tidaklah sampai ingin memilikinya.


CBR900

Saya memiliki CBR900 selama setahun juga. Bertukar juga bila mata terpandang sebuah lagi superbike Honda SP1 (RC51) di kedai yang sama. Honda SP1 ini pada mulanya adalah superbike yang digunakan dalam kejohanan superbike dunia (SBK) yang kemudiannya di keluarkan bagi "road version". Pada awal tahun 2000, harga atas jalan Honda RC51 di Malaysia adalah RM90,000, disebabkan duti import dan eksais yang sangat tinggi.

Honda SP1 (RC51)
Soalan popular bila memiliki superbike: bahaya tak menunggang superbike? Bahaya atau tidak bergantung cara kita menunggang. Jika di dalam bandar bawa 100km, agaknya sempat atau tidak jika ada kenderaan di hadapan tiba-tiba berhenti mengejut pada jarak 10 meter? Jadi bawa menggunakan akal dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Jika ajal juga walau sudah berhati-hati macamana sekali pun, itu kehendak Allah. Kepada "Taz Devil" dan Dr. OZ, Alfathihah. Melalui superbike-lah saya mengenali ramai kenalan di segenap pelusuk Malaysia termasuk arwah "Taz Devil" dan Dr. OZ. Dr. OZ adalah doktor anak saya yang sulung. Seminggu sebelum saya mendapat berita kemalangan maut beliau, saya ada membawa anak saya berjumpa beliau waktu subuh kerana satu kes kecemasan. Oh ya, di dalam dunia forum superbike, kami menggunakan "nickname". Jarang benar menggunakan nama betul masing-masing--"drifter", "sam", "kornology" itu antara nickname di dalam forum. Oleh itu, jika anda bertanya "kenal atau tidak Rashidi?", saya yakin 99% tidak akan kenal, kecuali anda bertanya "kenal atau tidak eddie?"..that's my nickname *senyum*

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...