Bersama sahabat di Lugano

Bulan Disember :: musim sejuk :: negatif 7 darjah celcius. Kami melawat rakan dan suaminya dalam kini sedang melanjutkan pelajaran sarjana di sebuah universiti di Lugano, Switzerland. Amat jarang rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran di Switzerland, apatah lagi bandar di Switzerland seperti Lugano. Bandar cantik dengan jumlah populasi kira-kira 70,000  yang terletak kira-kira 400km dari Canton Geneva, Switzerland yang bersempadan dengan Itali, kira-kira 80km dari kota fesyen Milan. Mereka berdua sahaja pelajar Malaysia di situ. Mungkin bandar asing bagi mereka. Mungkin.

Menyingkap sebulan sebelum itu, saya masih ingat saya menerima panggilan dari rakan saya ini, Siti Juriani dan suaminya yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rumah sewa di Lugano. Ketika itu mereka sudah tiba di Lugano. Bukan tiada rumah sewa tetapi disebabkan deposit yang diminta sangat tinggi oleh agen. Deposit untuk setahun! Yer setahun. Tak masuk akal eh? Tak masuk akal dan mengarut tapi itu hakikat. Itu sistem yang diguna pakai di daerah sana. Kalau hendak diceritakan perihal tidak masuk akal tentang Switzerland memang banyak - tidak masuk akal, pelik dan lucu. Itu nanti saya coretkan dalam post yang lain. Sewa sebanyak Swiss France (CHF)1,000 sebulan bersamaan RM3,000. Bermakna RM36,000 sahaja untuk deposit selama setahun kecuali ada pegawai di kedutaan Malaysia yang dapat membuat surat jaminan untuk deposit tersebut jika kedudukan tunai tidak mencukupi.

Memang dalam kesusahan betul rakan saya ini. Minta pertolongan dari pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Bern tapi tiada sesiapa pun boleh menolong sebagai penjamin terutamanya bila melibatkan hal-hal kewangan. "Takpe lah Jue, sebab tiada pegawai kedutaan yang sudi menolong, biar saya sahaja yang menjadi penjamin". Saya menelefon agen tersebut di Lugano dan maklumkan yang saya akan sediakan surat jaminan deposit tersebut. Surat jaminan tersebut saya faks-kan ke agen tersebut pada hari yang sama. Alhamdullilah, pada minggu itu juga Jue sekeluarga masuk ke rumah sewa mereka.

Perjalanan ke Lugano mengambil masa kira-kira 7 jam menyusuri lebuhraya E25 pada musim sejuk disebabkan jalan dilitupi salji. Salji turun hampir sepanjang perjalanan disebabkan lebuhraya E25 melalui kawasan pergunungan di sepanjang perjalanan. Putih sahaja gunung, bukit dan pokok pain di sepanjang perjalanan. Berhenti sekali di sebuah R&R untuk makan malam. Termometer di kereta hanya menunjukkan suju negatif sahaja dan beberapa kali "Warning! black ice on the road". Kami tiba di rumah Jue pada waktu malam. Berada di Lugano selama dua malam.

"Nanti datang melawat kami yer di Geneva", bersalam dan sebelum bergerak pulang. 


R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...