It Gonna be a New Chapter...

Hari ini ada verification visit di sebuah syarikat di Ayer Keroh, Melaka. Macam biasa, handphone letak pada 'silent mode' sebab takut kacau masa tengah mesyuarat berbunyi.

Dekat tengahari baru perasan ada miss call dari no telefon yang takde dalam direktori, nombor bermula dari 8885 XXXX. Tak pasti miss call dari siapa. Call back beberapa kali tapi tak berangkat. Tanya kawan, katanya macam nombor Putrajaya. Hati dah tak sedap. Agak-agak ada dua sebab dapat panggilan dari Putrajaya, (satu) dari Bahagian Pinjaman JPA...tapi rasanya pinjaman study JPA dah habis bayar. (Kedua) sebab permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk buat PhD..mungkin, tapi tak nak mengharap sangat...


Call back lagi..dan kali ni berjawab, saya kenalkan diri "Saya Rashidi, tadi ada miss call, maaf tak dapat jawab sebab dalam mesyuarat". "En. Rashidi dapat tak lagi news?". Aku tanya balik "News apa?". "Permohonan HLP dah berjaya". Aku pause dalam dua saat dan aku jawab ringkas "Alhamdulillah". Aku dimaklumkan lepas tu, kena attend briefing di JPA keesokan harinya dan kelas persediaan PhD akan bermula pada hari Isnin minggu depan. Kurang seminggu tempoh makluman utnuk hadiri kursus persediaan.

Lepas tu tak tau camana nak bagitau  anak-anak buah saya yang dalam masaa yang terdekat saya akan meninggalkan mereka...campur pula rasa susah hati tentangt kerja-kerja di pejabat.

Tapi apa pun..alhamdulillah, setelah beberapa kali cuba.


R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...