Raja dan sebutir biji benih

Di sebuah negara, tibalah masanya untuk seorang raja yang sudah tua untuk turun dari tahta. Raja tersebut membuat keputusan untuk tidak melantik pewaris dari kalangan anak-anak baginda atau sahabat seperti kebiasaanya. Raja tersebut membuat keputusan untuk melantik dari kalangan rakyat jelata. Pada suatu hari, raja tersebut memanggil anak-anak muda ke istana dan berkata “Memandangkan usia beta yang sudah tua, beta rasa sudah tiba masanya untuk beta turun dari tahta dan melantik salah seorang dari kamu bagi menggantikan tempat beta. Pada hari ini, beta akan memberi sebutir biji benih yang sangat istimewa. Beta mahu setiap seorang dari kamu menyemai biji benih ini dan dan tunjukkan pada beta pohon tersebut dalam tempoh setahun yang akan datang. Beta akan melantik salah seorang dari kalangan kamu berdasarkan pohon yang kamu bawa”.

Maka pulanglah anak-anak muda ke rumah dengan masing-masing dengan membawa sebutir biji benih. Salah seorang pemuda tersebut bernama Ling. Apabila Ling tiba di rumah, maka diceritakan kisah tersebut kepada ibunya. Ibu Ling membantu mencari pasu dan tanah yang sesuai. Maka ditanam dan disiram oleh Ling biji benih tersebut setiap hari. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tetapi biji benih tersebut masih juga belum tumbuh. Ling sangat susah hati dan kecewa apabila rakan-rakan mula bercerita tentang kehijauan tumbuhan masing-masing. Sungguh cepat masa berlalu lima bulan, enam bulan dan seterusnya. Ling tahu dia telah gagal! Rakan-rakan Ling terus bercerita tentang tumbuhan masing-masing. Kini, telah setahun masa berlalu.

Ling berasa sungguh kecewa dan memberi tahu ibunya bahawa dia tidak akan ke istana dengan membawa pasu yang kosong. Atas nasihat ibunya agar tabah menghadapi apa yang berlaku, Ling pergi juga ke istana membawa pasu yang kosong. Bertambah kecewa hati Ling apabila melihat tanaman anak-anak muda lain yang subur dan menghijau. Semua memandang Ling dengan pandangan yang sinis dan ada juga yang ketawa.

Raja yang tiba sangat kagum melihat tanaman anak-anak muda tersebut dan berkata “Pada hari ini beta akan melantik salah seorang dari kalangan kamu untuk menggantikan tempat beta”. Raja tersebut tiba-tiba terpandang seorang anak muda yang berwajah sugul dengan memegang pasu yang kosong. Ling kelihatan gementar dan kerana beranggapan raja tersebut mungkin akan menjatuhkan hukuman bunuh kerana dia telah gagal. Raja tersebut berkata “Siapa kamu dan kenapa wajah kamu kelihatan sangat sedih wahai anak muda?”.

Ling menjawab, “Nama patik Ling”, sambil memegang pasu yang kosong. Mereka terus mentertawakan Ling. Raja memandang Ling buat seketika dan berkata “Pada hari ini, anak muda ini adalah raja kamu yang baru! Nama beliau adalah Ling!”. Ling sungguh terkejut, bagaimana seorang raja boleh melantik seseorang yang telah gagal.

Raja tersebut berkata, “Setahun lalu, beta telah berikan sebutir biji benih untuk kamu tanam, siram dan baja, dan kamu telah tunjukkan pada beta pada hari ini. Tetapi apa yang beta berikan pada kamu adalah biji-biji benih yang beta telah rebus yang tidak mungkin akan tumbuh. Kamu semua telah tunjukkan ada beta tumbuhan masing-masing kecuali Ling. Apabila kamu dapati biji benih tersebut tidak tumbuh seperti yang diharapkan, kamu menggantikannya  dengan yang lain. Ling satu-satunya anak muda yang jujur dan berani membawa pasu yang kosong. Oleh itu, Linglah yang paling layak menggantikan tempat beta!”.


R.A.S.H.I.D.I.SAID


Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...