Broga

Semasa zaman kolej aktiviti lasak dan 'adventurious' memang menjadi aktiviti harian. Tambahan pula saya menyertai PALAPES. Sejak memasuki alam pekerjaan aktiviti lasak semakin berkurang. Bukan tidak minat tapi disebabkan faktor kekangan masa. Saya sudah lama dengar nama "Broga" (sedap namanya) tapi selalunya saya tidak ambik kisah sangat. Rakan-rakan selalu berkongsi gambar-gambar Broga. Nampak cantik juga.

Kebetulan cuti Chinese New Year yang agak panjang (4 hari). Macam biasa buat keputusan pada minit-minit terakhir juga, pada hari Ahad untuk mendaki Bukit Broga pada hari Isnin. Macam itu lah kami selalu tidak merancang dari awal-awal lagi.

Ya. sedikit latar belakang Broga. Broga adalah sebuah bandar kecil yang terletak di persempadanan Selangor dan Negeri Sembilan kira-kira 50km dari bandar Sere
mban. Manakala dari bandar terdekat Kajang pula kira-kira 20km.

Perkara yang menjadi tumpuan di Broga adalah Bukit Broga. Bagi yang suka sukan mendaki, Bukit Broga tidaklah mencabar sangat (berbanding Gunung Nuang, Angsi dan lain-lain) tapi cukup untuk melegakan mata dan minda bila diri berada di atas puncak.

Kami bertolak dari Kajang kira-kira jam 6.30 pagi dengan keadaan pagi yang masih gelap. Ingatkan dalam keadaan pagi macam itu, orang tidak akan ramai sangat di Bukit Broga. Bila sampai kaki Bukit Broga mak aiii..kereta sudah penuh di tapak parkir. Kalau kami tiba pada pukul 7.00 pagi, saya agak mereka ini sampai sebelum subuh barang kali.

Pengunjung boleh meletakkan kenderaan masing-masing di dalam ladang sawit dengan dengan bayaran RM2.00. Tak apa, walaupun di dalam ladang sawit, keadaan agak terurus, kebersihan dijaga dengan elok. Tidak apa lagi yang ingin dicoretkan selain pemandangan yang MasyaAllah! Ia seakan pemandangan di Arthur's Seat, Edinburgh!


R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas mesej anda. Saya akan menjawab mesej anda seberapa segera. Stay safe!

Thank you for your message. I will attend to your messages soonest possible. Stay safe!

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...