Air terbersih di dunia!


Kali ini saya hendak coretkan tentang pengalaman menarik tentang air di Switzerland. "Air"? Apalah yang menarik sangat? Biasa saja barangkali.

Bagi kita di Malaysia, minum terus air terus dari corong-corong paip (tanpa di masak terlebih dahulu) memang agak janggal. Apatah lagi jika itu yang disediakan oleh restoran-restoran--jika gelas kosong diletakkan di sinki-sinki restoran untuk pelanggan. Pelik ya? Tak pelik jika ia adalah di Switzerland. Jika air boleh terus dimimum dari paip, bayangkan betapa bersih air yang mengalir dan bayangkan bagaimana disiplin rakyat Switzerland untuk memastikan bekalan air sentiasa bersih. Kesedaran yang bagi saya cukup menakjubkan.

80% bekalan air bersih di Switzerland mengalir dari lembah-lembah Alps dan juga dari sumber air dalam tanah (air mineral senang cerita). Yang selebihnya adalah air dari tasik-tasik natural atau buatan.

Air sugai mengalir bersih di sebuah daerah kecil Versoix
Pada mulanya saya tidak pasti kenapa gelas-gelas kosong di susun bersebelahan dengan sinki-sinki restoran. Tapi bila melihat beberapa orang mengambil gelas kosong tersebut untuk diisi dengan air paip, baru saya sedar air paip itu sebenarnya boleh diminum. Ia air mineral! Jika itu kualiti air paipnya, saya tidak hairan mengapa sumber alam ini amat berharga di Switzerland. "Berharga" di sini bermaksud ia sentiasa dijaga. Orang ramai tidak boleh membazirkan air ini sewenang-wenangnya (contoh: basuh kereta atau apa-apa tujuan lain yang menunjukkan pembaziran).

Disebabkan ia adalah air mineral, biasanya air ini tidak akan digunakan untuk contohnya, air viper kereta, atau "radiator" disebabkan kandungan bahan mineral yang tinggi. Untuk viper atau radiator, air yang khusus untuk itu boleh dibeli di kedai-kedai biasa.

Seingat saya, hanya saya seorang yang tinggal di pinggir bandar Geneva (pekan Versoix) di kalangan rakan-rakan sebejabat. Rakan-rakan lain tinggal di apartmen-apartmen di dalam bandar. Saya suka keadaan seperti ini yang jauh dari hiruk-pikuk kenderaan di bandar dengan suasana kampung. Rumah saya tidak jauh dari tasik Geneva (kurang 5 minit dengan kenderaan).

Di belakang rumah pula adalah hutan simpan Versoix yang mengalir di dalamnya sungai sejuk bersih yang terus memasuki Tasik Geneva. Walaupun pada musim panas, air yang mengalir ini masih terasa sejuk. Cuba juga untuk mandi tapi tidak terdaya, hanya basuh muka sahaja :D. Berdekatan dengan rumah pula adalah ladang-ladang bunga matahari dan kanola. Bila musimnya tiba, kuninglah keseluruhan ladang yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan. Cukup indah pemandangan. Rindu saya. Tempat ini yang menjadi tumpuan mata dan lensa saya.

Switzerland adalah di tempat pertama dari sepuluh negara 10 negara yang mempunyai "the best tap water in the world".

R.A.S.H.I.DI.SAID

Comments

  1. baru jumpa blog ni...

    you both live in swiss ke?

    wahhh best nya

    ReplyDelete
  2. Pernah tinggal di sana selama 3 tahun 2007 sampai 2011... hujan emas di negara org... tapi hujan batu yg lagi best

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas mesej anda. Saya akan menjawab mesej anda seberapa segera. Stay safe!

Thank you for your message. I will attend to your messages soonest possible. Stay safe!

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...