Mengembara ke dunia tulip

Kali ini kami hendak bawa semua ke dunia tulip pula. Semua tahu kecantikan tulip kan? Bunga yang menjadi pilihan apabila tiba hari valentine, hari konvokesyen, hari lahir, hari ulangtahun, melawat rakan sakit dan lain-lain. Cantik bila nampak sejambak tulip biru, kuning, merah, pink, dan hijau. Tapi bagaimana kalau sebuah taman yang ditumbuhi tulip sejauh hamparan mata memandang, mcm sawah padi?

Pengunjung beratur membeli tiket
Kami cerita sedikit kisah tulip. Sejarah pun kena tahu juga. Sebenarnya terdapat kira-kira 100 species tulip di dunia yang termasuk dalam keluarga Liliaceae. Tulip adalah berasal dari Timur Tengah dan banyak ditanam di negara Turki pada zaman Empayar Uthmaniyah. Bunga tulip juga adalah bunga kebangsaan negara Turki. Tulip hanya tiba di Belanda pada abad ke-16. Ketika Carolus Clusius (ahli Botani berbangsa Perancis) menulis sebuah buku mengenai tulip pada tahun 1592, tulip telah menjadi sangat popular pada ketika itu sehingga tulip yang ditaman beliau sering dicuri oleh pengunjung.

Tulip terus berkembang sehingga pada hari ini. Di mana boleh kita lihat tulip di Belanda? Di Keukenhof! Ia sebuah taman yang cukup popular dengan tulip sehingga digelar "The most beautiful spring garden in the world" atau taman musim bunga yang tercantik di dunia. Betul ke ni? Kami ada bawa anda ke Keukenhof.

Pada musim bunga, Keukenhof yang berkeluasan 32 hektar (79 ekar) dipenuhi kira-kira 7 juta kuntum bunga tulip dan bungaan lain yang terdiri dari lebih 800 species dan yang pelbagai warna. Jarak dari Geneva ke Keukonhodadalah kira-kira 1,000km melalui lebuhraya.

Lawatan kami ke Keukenhof adalah dalam siri lawatan cuti Easter ke Perancis, Belanda, German, Belgium, dan Luxemburg. Pengembaraan kami yang mengambil masa kira-kira seminggu sejauh kira-kira 2,000km melalui lima negara Eropah barat. Fuh! letih tapi menyeronokkan.

Kami tiba di Keukenhof kira-kira jam 10.00 pagi. Orang ramai sedang sibuk beratur untuk membeli tiket. Tapi teruja melebihi rasa letih beratur. Jadi tak rasa sangat letihnya.

Bila masuk sahaja...macam dunia lain! berwarna-warni...

Keukonhof hanya dibuka selama 2 bulan sahaja. Pada tahun 2017, bermula dari 23 Mac - 21 Mei.

Ashraf & Afif
Asraf bertemu kawan kelas Xeng Shiang
Ibu Ashraf & Ibu Xeng Shiang
Itik & dikelilingi kelopak bunga di atas permukaan sungai
Latar belakang sungai





Comments

  1. Assalam tuan..kalau musim winter bunga2 cantik ni memang semua xde ke langsung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, masa winter memang takde bunga langsung. Pokok-pokok semua tinggal ranting saja.

      Delete
  2. Assalam tuan, kalau pg switzeland bulan april masih ada salji x? Sy plan nak pegi London Paris Amsterdam n Switzeland (utk ke jungfrau) bln april..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak predict. Tapi kebiasaannya ada dipuncak jungfrau.

      Delete

Post a Comment

Terima kasih atas mesej anda. Saya akan menjawab mesej anda seberapa segera. Stay safe!

Thank you for your message. I will attend to your messages soonest possible. Stay safe!

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...