Salam Aidilfitri... 2017

Di hari2 terakhir bulan Ramadhan dan menyambut Aidilfitri 2017, teringat plak kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan.  Sepuluh tahun yang lepas, hari raya pertama disambut bersama keluarga Geneva. Perasaan agak berbeza dulu dan sekarang tatkala di negara sendiri berbanding di perantauan. 

Di sana mungkin sbb jauh dari sisi keluarga, terasa kerinduan menggamit perasaan menjelang Ramadhan dan Syawal. Semua persiapan dibuat sendiri.. lemang, ketupat dan rendang mengikut kesesuaian dan sumber yang ada. Lemang dibuat sendiri dengan meng-google resepi yg terbaik mengunakan daun pisang dan aluminium foil manakala ketupat segera menjadi pilihan.

Hari pertama, kami berkumpul di rumah duta Malaysia ke WTO, YBhg Datuk Mohd Nor dan keluarga yang merupakan "ibu" dan "bapa" angkat keluarga Malaysia di sini bersama rakan-rakan yang lain dengan pot lucknya... di sini kami akan mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah dan diikuti dengan jamuan hari Raya.

Selepas tamat jamuan, giliran rakan-rakan mengadakan rumah terbuka atau merewang ke mana-mana rumah yang mengadakan jamuan makan. Itulah lumrahnya di bumi perantauan di Geneva. Bagi kami sekeluarga, begitu laa for the next tiga tahun sehinggalah kami pulang ke tanah air pada tahun 2010.


Keluarga Warga Geneva 2007 di kediaman Duta Malaysia ke WTO


Bersama Fahitah & Azwa



~yatiseman~

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...