Iran: negara minyak tanpa kad kredit

Ini negara pertama saya ke timur tengah. Mungkin belum rezeki saya lagi hendak melawat tanah anbia Mekah dan Madinah. Saya hanya diberi peluang ke tanah Iran dahulu. Sejarah Iran tidak kurang hebat pada saya--kerajaan Babylon kira-kira 3,000 tahun dulu, kerajaan Parsi. Saya mendapat pengalaman baru, melihat sendiri tanah Parsi, sebuah kerajaan yang saya kenal semasa belajar Sejarah Islam kira-kira 25 tahun dulu..

Saya di sini selama seminggu kerana bertugas bersama 5 rakan yang lain. Agak teruja. Kami ke sini dengan sat
u tujuan--berunding dengan kerajaan Iran bagi Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA), walaupun ada sedikit cabaran kerana Iran dikenakan sekatan ekonomi oleh beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah disebabkan resolusi keselamatan PBB dan Iran juga bukan negara ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Iran adalah negara pertama bukan ahli WTO di mana Malaysia berunding untuk sebuah perjanjian perdagangan duahala. Dengan keadaan itu, rundingan ini agak unik. Kita lupakan dulu hal yang agak formal.

Perkara pertama dalam merancang ke luar negara adalah wang negara berkenaan. Matawang Iran adalah "Riyal". Disebabkan halangan dagangan, matawang Riyal Iran adalah "tidak laku" di pasaran dunia. Ringkasnya, anda tidak boleh membeli Riyal di mana-mana "money changer" di Malaysia. Puas mencari di Kajang, Mid-valley, Jalan TAR, tapi memang tidak ada Riyal dijual. Alternatifnya, kita perlu membeli matawang Riyal melalui matawang lain, sama ada US dollar atau Euro. Jadi saya buat keputusan untuk tukar ke matawang Euro. Saya tukar Euro kepada Riyal di Iran. Selain matawang, isu lain adalah kredit kad. Kita tidak boleh menggunakan kad kredit di Iran. Kenapa? sebabnya "Visa" dan "Master Card" (dan American Express) adalah berkaitan dengan sistem perbankan Amerika Syarikat. Apa-apa saja urusan yang berkaitan dengan perbankan Amerika Syarikat adalah tidak boleh (dihalang). Tidak menjadi masalah sebab hotel kami ditempah dan dibayar melalui Kedutaan Malaysia di Tehran. Kami tidak menggunakan kredit kad di Iran. Semua urusan menggunakan tunai. Takde masalah. Dapat kurangkan keberhutangan yang serius nanti :D

Apa yang menarik tentang Iran?

Saya sambung nanti...

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...