Kembara 7 malam dengan Motorhome di Switzerland berbaloi tak?

Sebenarnya hasrat nak mengembara dengan campervan atau motorhome dah lama. Dari kali pertama di Geneva dulu pada tahun 2008-2010, nak cuba tapi asyik bertangguh. Trip kali ni memang agak teruja sebab ia satu pengalaman baharu, sebelum ini pengembaraan banyak dengan kereta atau kapal terbang. Jadi kami putuskan mengapa kali ni tak cuba mengembara dengan motorhome?

Mengembara dengan motorhome kena buat perancangan rapi dan tempahan kena buat lebih awal terutamanya kalau mengembara pada musim panas sebab permintaan untuk kenderaan motorhome agak tinggi. Dalam bulan Mei sebelum cuti musim panas bulan Ogos, saya buat perancangan dengan mencari syarikat-syarikat sewa motorhome secara online, cari syarikat sewa motorhome yang berdekatan dengan Geneva supaya senang untuk ambil dan hantar motorhome kelak.  Perancangan kitaorang lebih kurang macam ni:

Pertama: Dengan ahli keluarga seramai lima orang, saya bandingkan kos sewa hotel dengan sewa motorhome dan kos-kos lain. Kami dengan ahli keluarga lima orang biasanya saya akan sewa satu apartment dua bilik atau hotel dengan dua bilik bersaiz deluxe. Kos apartment dalam SwissFranc300-400 semalam (RM1,400 - RM1,800 semalam) ikut lokasi dan fasiliti sama ada lengkap dengan dapur, parking dan jarak apartment ke bandar. Bila bercuti selama 5-7 malam, faham-faham sahaja berapa kosnya.

Kedua: Sewa motorhome juga kena mengambil kira faktor-faktor lain juga iaitu lokasi nak bermalam dengan motorhome, buang sisa air, dan caj bateri motorhome. Sebenarnya kita tak boleh buang sisa dapur, air mandian atau sinki merata-rata. Kena buang di tempat yang disediakan khas untuk sisa macam ni. Ada dua pilihan sama ada bermalam di tapak yang percuma (wild camping) atau sewa tapak (campsite) yang mempunya fasiliti lengkap tapi dengan caj/fi sewa tapak motorhome. Sewa tapak motorhome  yang lengkap secara purata dalam SwissFranc40-50 semalam dengan sumber caj elektrik, bilik mandi, dapur, tandas, peti sejuk, bilik beku, kedai dan buangan sisa air dapur dan tandas. Bagi ahli keluarga lima orang, kami kena sewa motorhome yang bersaiz lima orang dengan tiga katil iaitu motorhome yang paling besar dalam "fleet" syarikat sewa motorhome.

Ketiga: Kita juga kena rancang bandar-bandar yang hendak dilawati, sebab ada bandar yang jalan agak sibuk, kecil dan susah untuk dapatkan tapak (P) letak motorhome. Lepas semua perkara ni diambil kira, saya sewa sebuah motorhome besar yang boleh memuatkan ahli keluarga seramai lima orang dengan tiga katil.

Jadi rasanya sewa motorhome agak berbaloi.

Syarikat sewa motorhome yang saya pilih ialah Indie Campers disebabkan website nya yang user-friendly dengan rating yang bagus dan urusan tempahan secara online yang mudah, dan yang paling penting "cancellation policy" yang adil iaitu tempahan boleh dibatalkan dengan refund penuh (full refund) dalam tempoh sebulan sebelum tarikh sewa motorhome. Satu lagi yang menarik ialah kenderaan campervan dan motorhome yang baharu. Motorhome yang kitaorang sewa adalah keluaran Fiat tahun 2021, jadi fasiliti dalaman seperti katil, dapur, microwave oven, peti sejuk, almari, tandas adalah sangat baik.

OK. perancangan sewa saya dah ceritakan. Jadi jom ikuti pengembaraan motorhome kitaorang selama 7 malam! dari 31 Ogos - 7 September 2021.

Saya ke depot syarikat Indie Campers pada 31 Ogos untuk ambil motorhome. Di depot saya bertemu dengan seorang staff Indie Campers, beliau memberi layanan baik dan seorang peramah yang menerangkan model Motorhome Fiat Ducato Atlas (kapasiti 5 orang) dari A - Z. Beliau menerangkan fasiliti yang ada dalam motorhome, bermula dari ruang pemandu dengan kerusi baris depan yang boleh dipusing 360 darjah. Motorhome ini adalah kenderaan dengan kotak gear manual 6-kelajuan menggunakan bahan api diesel. Takde masalah sebab saya sudah biasa bawa kenderaan manual. Satu lagi tentang lesen. Saya menggunakan lesen antarabangsa kereta yang di 'convert' dari lesen Malaysia bagi kereta kelas biasa. Jadi nak cadangkan, kalau ingin memandu di Switzerland atau negara-negara Eropah lain, baik dibuat lesen antarabangsa. Tak payah pening kepala sama ada negara Eropah terima atau tak lesen Malaysia. Lepas itu staff yang baik ni terangkan satu demi satu sistem caj bateri motorhome, peti sejuk, microwave, dapur, sistem pembuangan sisa tandas, air mandian, air sinki, ruang makan dan tempat tidur. Selesai semua penerangan dalam masa 45 minit, tandatangan dokumen dan saya bawa balik motorhome. Mudah urusannya.

Depot motorhome Indie Campers Geneva

Motorhome menggunakan asas binaan Fiat Ducato

Ruang makan

Ruang dalaman yang luas

Dari depot Indie Campers ke rumah tidak berapa jauh iaitu kira-kira 15km. Saya memandu ke rumah untuk 'loading' barang untuk selama seminggu. 

Destinasi pertama? jom ke Neuchatel!

Destinasi pertama yang kami tuju adalah bandar  Neuchatel, sebuah bandar tasik yang terletak kira-kira 100km dari Geneva di sebelah utara Switzerland, bandar yang kaya dengan senibina zaman pertengahan yang disemadikan di ukiran gereja dan istana. Di sekeliling tasik Nuechatel terletak bangunan-bangunan cantik kampus Universiti Neuchatel, Hotel ekslusif Beau-Rivage dan taman-taman botani.

Kami mengambil keputusan untuk bermalam di tapak camping TCS di Gampelen, yang juga di sebelah Tasik Neuchatel. Saya pilih TCS (Touring Club Switzerland) sebab TCS mempunyai banyak rangkaian tapak camping di seluruh Switzerland, dan kualitinya agak standard -- kebersihan, kemudahan tandas, pasar mini, bilik laundri, bilik mandi, mesin sejuk beku, pusat buangan sisa air dapur, restoran, cafe, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain. Kemudahan sungguh lengkap, macam "bandar kecil" yang lengkap serba-serbi.

Jeti di TCS Gampelen

Dari pemerhatian saya, disebabkan ini musim panas, tapak khemah dan motorhome sudah hampir penuh, hanya ada beberapa tapak kosong sahaja lagi. Ada antara mereka yang tinggal selama 1 - 2 minggu atau juga yang sebulan, ada yang mendirikan khemah, ada yang tinggal dalam motorhome sepenuhnya dan ada yang menyewa chalet. Mereka datang dari negara Eropah lain -- German, Perancis, Sepanyol, UK, dan lain-lain.

Kitaorang di situ hanya satu malam sahaja untuk "breaking journey" sebelum ke Luzern! Disebabkan hanya satu malam, kami hanya menghabiskan masa di kawasan campsite sahaja, sekali-sekala berjalan ke jeti. Permandangan tasik yang wow! rasa tanak balik.

Destinasi seterusnya Luzern!

Waktu checking-out di TCS Gampelen adalah pada jam 11 pagi. Jadi kitaorang sempat bersarapan dahulu dan berkemas. Motorhome kami bergerak meninggalkan TCS Gampelan kira-kira jam 11.30 pagi memasuki lebuhraya A1 and A2 terus ker Luzern yang mengambil masa kira-kira 2 jam dengan jarak 150km. Destinasi seterusnya adalah campsite TCS Luzern-Horw


Kitaorang tiba di campsite TCS Luzern-Horw kira-kira jam 1.30 petang. OK nak cerita sikit tentang campsite TCS-Luzern-Horw. Campsite ni memang sangat cantik terletak di tepi tasik Luzern, tenang dan indah dengan pemandangan taman rekreasi awam dan rumah-rumah moden dan tradisional Swiss di persisiran tasik Luzern. Keluasan campsite ni kira-kira 20,000 meter persegi (100 tapak motorhome, campervan, caravan) dengan kemudahan lengkap kedai runcit, taman permainan mini, bilik laundri, peti sejuk, peti sejuk beku, tandas, bilik mandi, dapur memasak (kongsi), dan tempat pelupusan sisa air tandas dan sinki. Memang berbaloi. Tapak motorhome menang luas, masih ada baki ruang di sebelah motorhome untuk dirikan khemah.





Seterusnya kitaorang nak ceritakan aktiviti yang boleh dibuat di sini. Hari pertama, kami hanya melawat bandar dengan berjalan kaki sahaja dari campsite sebab memang dekat. Kami berjalan di sepanjang tasik terus ke bandar. Best! pemandangan yang damai, tenang, sesekali terdengan bunyi jam loceng gergasi pada pukul 12.00 tengahari dan 7 petang.

Pada hari kedua, kitaorang ambil peluang mendaki pula. Tak jauh dari campsite, kira-kira 1/2 jam berjalan kaki ke trak terdekat. Trak yang sederhana mencabar melalui tebing dengan pemandangan menghadap Tasik Luzern yang cantik dengan latar belakang bukit-bukau dan rumput hijau. Perjalanan mendaki (turun-naik) kira-kira 4 jam.

Ikut perjalanan seterusnya campervan ke Interlaken, Lauterbrunen, dan Lausanne. 

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Kembara 7 malam dengan Motorhome di Switzerland berbaloi tak?

Sebenarnya hasrat nak mengembara dengan campervan atau motorhome dah lama. Dari kali pertama di Geneva dulu pada tahun 2008-2010, nak cuba tapi asyik bertangguh. Trip kali ni memang agak teruja sebab ia satu pengalaman baharu, sebelum ini pengembaraan banyak dengan kereta atau kapal terbang. Jadi kami putuskan mengapa kali ni tak cuba mengembara dengan motorhome? Mengembara dengan motorhome kena buat perancangan rapi dan tempahan kena buat lebih awal terutamanya kalau mengembara pada musim panas sebab permintaan untuk kenderaan motorhome agak tinggi. Dalam bulan Mei sebelum cuti musim panas bulan Ogos, saya buat perancangan dengan mencari syarikat-syarikat sewa motorhome secara online, cari syarikat sewa motorhome yang berdekatan dengan Geneva supaya senang untuk ambil dan hantar motorhome kelak.  Perancangan kitaorang lebih kurang macam ni: Pertama : Dengan ahli keluarga seramai lima orang, saya bandingkan kos sewa hotel dengan sewa motorhome dan kos-kos lain. Kami dengan ahli kel...

Jelajah Andalusia, Sepanyol - Alhambra

It's almost the end of 2009 and our tenure in Geneve almost ended! For our last trip, we decided to visit Spain!  Why Spain? In fact, we wanted to run away from the cold harsh winter time in Switzerland!  People suggested Barcelona or Madrid but we wanted to steer away from the hustle bustle of metropolitans and opted for a more relaxing and scenic trip. Thus, we decided to explore the remnants of the Islamic presence in Spain in the Andalusia. So on 21st Dec 2009, we booked our flight using Eastjet from Geneva to Malaga, Spain, the nearest airport in Andalusia and we made as our base booking an apartment there for 3 days. How nice when you can take some fresh air in front of your hotel with jean and just a t-shirt in December in Europe. To ease our movement, we rented car from Hertz to fit a family of five and picked it up at the Malaga airport itself. Coincidentally, we managed to get a sedan Citroen C4! The next day, our first itinerary was to head to the most beautifu...