Kluang
Sesudah subuh :: Kluang. Tidak merancang pun. Keputusan tiba-tiba pada malam sebelumnya. "Esok jom ke Kluang". Tiba di Kluang setelah beberapa jam perjalanan. Kluang bukan tempat baru dan tidak juga janggal. Ini kali kedua saya kembali sejak 15 tahun dulu ketika saya menghadiri kursus P.T.D di INTAN Wilayah Selatan. Saya dibesarkan di sini semasa kecil sebelum bersekolah dan sekali lagi ke sini pada tahun 1986 sehingga ke tingkatan 3. Tempat yang banyak nostalgia sebagai seorang anak anggota tentera. Kami tinggal di dalam Kem Mahkota. Tempat yang memupuk saya menjadi manusia dengan jati diri. Tempat yang membuatkan saya menjadi berani. 7.00 pagi yang indah, Lebuhraya Lekas ke Senawang. Pengalaman kanak-kanak di sini sangat menerujakan. Rasa teruja sebab dapat ingat semua dengan jelas, zaman riang ria kanak-kanak bermain dengan rakan sebaya. Bukan bermain sahaja, bab belajar pun ingat juga bila emak dan abah marah kerana asyik bermain dari tengahari sehingga matahari h...