Kembara Perancis

Kota Paris, kota romantik kata mereka yang ingin berbulan madu. Kota yang penuh glamour yang menjadi tarikan penerbit filem, drama, atau careka, "Strawberi dan Karipap - Sesat di Paris". Paris hanya salah satu bandar dari ratusan bandar di negara Perancis.

Jalan di atas Banjaran Jura, Perancis ketika musim sejuk
Saya mula menjejaki kaki ke bumi Perancis dan Paris khususnya kira-kira lebih 10 tahun dulu. Ketika itu saya mula berkhidmat di sebuah Jabatan yang memerlukan saya mengembara di seluruh dunia. Ketika itu Paris bukanlah destinasi tapi transit. Oleh itu, hanya berpeluang menghabiskan hanya sehari sahaja di sana. Pada 2007 saya kembali lagi, dan seterusnya pada tahun 2008.

Rumah kami di Geneva juga memang bersempadan dengan Perancis, kira-kira 2km sahaja dari sempadan Swiss-Perancis. Oleh itu, Perancis bukanlah sebuah negara asing. Ferney sebuah bandar yang menjadi tempat kami memcari barang-barang Halal--ayam, daging dan sebagainya. Ikuti seterusnya kembara kami ke bumi Perancis:

1. A Weekend in Paris; Not So Romantic Trip...
2. Yvoire, pekan abad pertengahan

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...