Kembara Switzerland

SWITZERLAND :: Switzerland, dengan nama rasmi Konfiderasi Swiss atau dalam bahasa Latin Confoederatio Helvetica melalui singkatan "CH" adalah sebuah negara Eropah Tengah yang bersempadan dengan Itali di sebelah timur, German di sebelah utara, dan Perancis di sebelah barat dan timur. Jadi tidak hairan jika Switzerland mempunya tiga bahasa rasmi iaitu Perancis, Itali dan German.

Switzerland adalah negara konfiderasi yang mempunyai 26 buah "Canton", yang seumpama negeri-negeri di Malaysia tetapi canton-canton ini mempunyai kuasa autonomi sendiri untuk mentadbir. Oleh itu, dari segi pendidikan contohnya, bahasa di sekolah-sekolah adalah mengikut canton masing-masing. Canton yang berhampiran negara Itali akan menggunakan bahasa Itali, dan begitu juga Perancis dan German.





Switzerland terletak di tengah-tengah banjaran Alps, Tanah Tinggi Swiss, dan Banjaran Jura, banjaran-bajaran yang terbentang indah menghijau pada musim bunga dan panas; kuning kemerahan pada musim luruh dan putih ketika musim sejuk.

Ikuti beberapa siri pengembaraan kami di tanah Switzerland. Secara jujurnya Switzerland adalah negara yang indah. Its is truly a beautiful country!

1. The journey begins.
2. A new home
3. On a footed destiny
4. Winter in Versoix
5. The other side of a coin, the life is not so sweet
6. Trip to Bern
7. Bersama sahabat di Lugano
8. CERN meneroka alam ciptaan tuhan
9. Ingin mengembara ke Switzerland?
10. Weird and interesting facts about Switzerland
11. Air Terbersih di dunia
12. Musim beku Geneva. Mak ai!

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...