Setelah 14 Tahun, Saya Kembali ke Pulau Perhentian [Hari Pertama]

Impian yang tidak pernah padam untuk menikmati percutian indah di pantai timur, Semenanjung Malaysia -- ya Pulau Perhentian. Hati telah terpaut dengan keindahan pulau ini semenjak 14 tahun lalu. Semenjak itu hati saya tidak pernah padam untuk ke sini lagi. 14 tahun lalu saya telah ke sini. Pada waktu itu percutian saya ke Pulau Perhentian bersama 15 orang lagi sahabat yang juga rakan sepejabat di Kuala Lumpur. Maklumlah sama-sama bujang. Langkah lebih panjang.

Flashback: Seingat saya kami bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 12.00 tengah malam. Bercadang bertolak awal tetapi ada seorang rakan pejabat perlu menyiapkan tugasan sehingga lewat malam. Sebabnya boss bagi syarat kalau kerja tak siap tak boleh pergi bercut
i. Kami menunggu rakan saya ini disebuah gerai makan dengan harapan dia akan muncul. Jam 12.00 akhirnya muncul juga rakan saya itu..pheww.

Chalet tempat kami menginap 15 tahun dulu
Kami bertolak kira-kira jam 12.30 tengah malam menyusuri jalan lama (jalan pantai) ke pantai timur. Pada masa itu Lebuh Raya Pantai Timur masih belum wujud. Cabaran pertama yang tidak boleh dilupakan adalah bila cermin hadapan kereta pecah disebabkan batu yang naik dari sebuah lori yang saya ekori di hadapan. Kejadian berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Saya terpaksa memandu juga sehingga ke Kuantan dalam kesejukan subuh. Sampai sahaja di Kuantan kami bersolat subuh dahulu lalu bersarapan di sebuah kedai mamak, menunggu sehingga kedai kereta dibuka kira-kira jam 10.00 pagi.

14 tahun kemudian saya kembali lagi ke sini --pada 22-24 April 2016. 22 April adalah hari lahir isteri saya. Kali ini saya pergi bersama keluarga. Sudah 13 tahun saya berjanji untuk membawa mereka ke sini. Lama kan 13 tahun?. Sebenarnya disebabkan beberapa perkara yang menyebabkan ia memakan masa 13 tahun. Saya bertugas di jabatan yang juga banyak travel, bila anak-anak masih kecil, ditangguhkan dulu sehingga anak meningkat usia yang dapat menikmati alam sekeliling (paling kurang sudah boleh snorkling :D), bila anak meningkat dewasa, saya pula ditugaskan di Switzerland selama 3 tahun lebih. Bila balik, saya bertugas semula di jabatan yang banyak travel. Dua bulan sekali saya keluar negara selama dua minggu. Merata perginya. Tambahan pula ruang terhad di mana Pulau Perhentian ditutup pada musim tengkujuh. Begitulah putarannya yang memakan masa 13 tahun. Cepat masa beredar tanpa kita sedari. Time flies kata orang puteh.
"Perhentian Islan Located on the north-eastern coast of Peninsular Malaysia, about 21 km off the coast of the quaint town of Kuala Besut, lie lovely unspoiled islands amidst exquisitely clear waters. Pulau Perhentian Kecil (Small Perhentian) and Perhentian Besar (Big Perhentian) make up Perhentian Island, the name taken from the Malay word 'henti' or 'stop'.
Apabila saya bercuti belajar ada lah sedikit masa lapang dicelah-celah kesibukan belajar dan membuat tesis. Seminggu saya peruntukkan untuk bercuti di Pulau Perhentian. Kami membuat tempahan melalui travel agent DePenarik Travel and Tours dan memilih penginapan di Coral View Islands Resort, Perhentian Besar. Saya tidak kisah sangat asalkan tempat penginapan terletak berhanpiran pantai. Coral View Islands Resort bagi saya cukup memuaskan dengan kedudukan yang cukup cantik berbentuk "semenanjung" (ada teluk). Makan juga senang kerana resort ini memiliki cafe/restoran yang memuaskan.

Hanya bawa satu beg untuk lima beranak. Sumbat seberapa boleh.
Dah lama tak pergi jenjalan bawa beg besar cam ni :D
Ada dua opsyen untuk ke sini iaitu sama ada dengan menggunakan penerbangan ke Kuala Terengganu dan kemudian ke Jeti Jerteh atau memandu terus dari Kuala Lumpur. Kami memilih untuk memandu. Kami memilih memandu sebab utamanya adalah untuk memudahkan kami bergerak. Berhenti di mana kami suka dan pergi ke mana sahaja hajat yang hendak di tuju. Sebenarnya, ada pengalaman semasa kami ke Tasik Kenyir dahulu. Kam
i mengambil penerbangan ke Kuala Terengganu. Tapi malangnya pengangkutan dari Kuala Terengganu tidak berapa bagus untuk ke Tasik Kenyir (tiada pengangkutan senang cakap kecuali kereta sewa atau teksi). Kami memilih teksi dengan kos RM200 pergi balik Kuala Terengganu-Tasik Kenyir-Kuala Terengganu. Lebih jimat dari menyewa kereta RM100 lebih sehari. Pernah kami keluar makan malam, tapi susah nak dapat teksi pulang ke hotel. Kami berjalan kira-kira 1.5km. Serik dah!.

HARI PERTAMA

Perjalan bermula
Setelah persiapan dibuat, kami bertolak mengikut perancangan yang dibuat. Kami bertolak kira-kira jam 10.00 malam dengan harapan untuk sampai di jeti kira-kira jam 8.00 pagi. Kami dimaklumkan oleh travel agent bahawa bot pertama yang akan ke Pulau Perhentian adalah j
am 8.00 pagi. 10.00 malam kami bertolak dari Kajang ke Kuala Lumpur kemudian memasuki Lebuhraya Karak sebelum terus ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai-Timur. TAPI malang tidak berbau orang kata. Selepas kira-kira sejam setengah perjalanan sebelum memasuki Plaza Tol Bentong kereta buat hal apabila keluar warning "ABS faulty. Visit Workshop". Masyallah mana nak cari workshop malam-malam pukul 12.30 pagi macam tu. Tambahan Karak gelap pulak. Teringat filem Karak pulak..hahaha. Saya matikan enjin di tepi jalan yang gelap gelita dan hidupkan semula enjin kereta. Yang nampak di dalam kegelapan malam hanya lampu panel kereta sahaja--terang dan gelap apabila dihidup dan matikan enjin kereta. Sesekali beberapa buah kereta lain terang melalui jalan Karak.

OK warning sudah hilang apabila kereta dihidupkan semula. Selepas kira-kira 100 meter, "ABS faulty. Visit Workshop" keluar semua. Kereta ini saya telah hantar ke workshop sehari sebelum itu. Mekanik hanya maklumkan komputer kereta hanya perlu di"setting" semula. Entah kenapa. Suhu pada panel menunjukkan 25 darjah celcius. Adakah sebab suhu yang menyebabkan sensor ABS agak pening. Saya tak pasti.

Tiada cara lain selain pulang semula ke Kajang untuk tukar kereta. Kena berpatah balik kira-kira 60 km dalam keadaan kereta sebegitu. Itu yang terbaik dari meneruskan perjalanan dalam keadaan kereta sebegitu. Selepas melepasi Plaza Tol Bentong, kami berpatah balik ke Kajang. Kereta terpaksa berhenti dan tutup enjin dekat 30 kali juga untuk sampai ke Kajang. Sebenarnya boleh sahaja memandu tapi disebabkan enjin memasuki "Emergency Mode", had maksima hanya 50km sejam. Sampai di Kajang hampir pukul 3.00 pagi. Tukar kereta dan meneruskan semula perjalanan ke Kuala Terengganu. Habis masa kira-kira 3 jam macam itu sahaja. Cuba kena fikir positif untuk meneruskan semula perjalanan yang hampir 500 km. Cabaran!

Perjalanan diteruskan
Setelah itu kami meneruskan perjalanan dalam kegelapan malam. Memasuki Kuala Lumpur semula, melalui Lebuhraya Karak, dan memasuki tol Bentong semula. Suasana hanya sunyi sepi. Channel radio kekadang jelas, kekadang tidak, tanda semakin jauh meninggalkan Kuala Lumpur. Di belakang kereta juga sunyi sepi kerana anak-anak sedang diulit mimpi. Sebelah saya pun senyap juga..hihi. Yang menemani saya pada waktu itu hanya audio CD saya. Ditukar-tukar, direpeat sudah berapa kali entah, selama dan sejauh perjalanan saya pada malam ini.

Bersambung...

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Kembara 7 malam dengan Motorhome di Switzerland berbaloi tak?

Sebenarnya hasrat nak mengembara dengan campervan atau motorhome dah lama. Dari kali pertama di Geneva dulu pada tahun 2008-2010, nak cuba tapi asyik bertangguh. Trip kali ni memang agak teruja sebab ia satu pengalaman baharu, sebelum ini pengembaraan banyak dengan kereta atau kapal terbang. Jadi kami putuskan mengapa kali ni tak cuba mengembara dengan motorhome? Mengembara dengan motorhome kena buat perancangan rapi dan tempahan kena buat lebih awal terutamanya kalau mengembara pada musim panas sebab permintaan untuk kenderaan motorhome agak tinggi. Dalam bulan Mei sebelum cuti musim panas bulan Ogos, saya buat perancangan dengan mencari syarikat-syarikat sewa motorhome secara online, cari syarikat sewa motorhome yang berdekatan dengan Geneva supaya senang untuk ambil dan hantar motorhome kelak.  Perancangan kitaorang lebih kurang macam ni: Pertama : Dengan ahli keluarga seramai lima orang, saya bandingkan kos sewa hotel dengan sewa motorhome dan kos-kos lain. Kami dengan ahli kel...

Jelajah Andalusia, Sepanyol - Alhambra

It's almost the end of 2009 and our tenure in Geneve almost ended! For our last trip, we decided to visit Spain!  Why Spain? In fact, we wanted to run away from the cold harsh winter time in Switzerland!  People suggested Barcelona or Madrid but we wanted to steer away from the hustle bustle of metropolitans and opted for a more relaxing and scenic trip. Thus, we decided to explore the remnants of the Islamic presence in Spain in the Andalusia. So on 21st Dec 2009, we booked our flight using Eastjet from Geneva to Malaga, Spain, the nearest airport in Andalusia and we made as our base booking an apartment there for 3 days. How nice when you can take some fresh air in front of your hotel with jean and just a t-shirt in December in Europe. To ease our movement, we rented car from Hertz to fit a family of five and picked it up at the Malaga airport itself. Coincidentally, we managed to get a sedan Citroen C4! The next day, our first itinerary was to head to the most beautifu...