10 tanah tinggi di Switzerland yang best!
Creux du Van. (c) rashidisaid |
Creux du Van hakisan berjuta tahun dulu ©rashidisaid |
Pertama, nak kongsi tentang gunung sebab di dalam "itinerary" korang pasti akan ada aktiviti naik gunung kan? Paling tidak naik "Jungfrau". Itu adalah aktiviti wajib dalam itinerary agen pelancongan. Post ini akan menceritakan 10 puncak gunung paling best yang korang boleh naik bila di Switzerland. Berdasarkan pengalaman saya, rakan-rakan serta pembacaan saya. Saya tak ada pengalaman mendaki ke semua gunung ini sebab bilangannya terlalu banyak tapi saya boleh berkongsi untuk korang dapat sedikit idea bila nak rancang itinerary. Post saya boleh jadi panduan awal korang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website-website yang berkaitan sebab maklumat semua dihujung jari dan Google sahaja. Semua 10 gunung ni bukan "ranking" tapi antara yang boleh korang pergi -- "beauty is in the eyes of beholder". Satu lagi tip: kalau tak suka dengan kesesakan terlalu ramai pelancong, elakkan hari minggu. Pergi masa 'weekdays'.
PERTAMA :: Jungfrau (Top of the Europe)
Puncak Jungfrau. Kredit foto: jungfrau(dot)ch |
Jungfrau
adalah warisan dunia UNESCO. Jungfraujoch terletak di Banjaran
Alps di kanton Bern dengan ketinggian 4,158 meter (13,625 kaki) di atas
permukaan laut. Jungfrau adalah puncak ke-16 tertinggi di Switzerland. Ia adalah dataran glasier, di sebahagian kawasan Jungfrau
terletak di sempadan antara kanton Bern dan Valais, di tengah-tengah antara
Interlaken dan Fiesch.
Pada suhu purata -7.9 ° C (17.78 ° F) bermakna ia bersalji selama 365 hari setahun. Jungfraujoch
dapat diakses dalam dua
jam dari Interlaken sepanjang tahun. Pengunjung boleh melakukan perjalanan sama ada
melalui Lauterbrunnen atau Grindelwald melepasi lorong gunung Kleine Scheidegg
dan terus dengan Kereta Api Jungfrau melalui Eiger dan Mönch.
KEDUA :: Matterhorn
Gunung Matterhorn adalah salah satu gunung yang paling
terkenal dan indah di Eropah dengan ketinggian 4,478 meter, ke-5 tertinggi di Switzerland. Keindahan
unik yang ada pada gunung ini menjadikannya gunung yang paling banyak difoto di Eropah. Matterhorn terletak di sempadan kanton Valais antara Zermatt dan resort Itali Breuil-Cervinia, merupakan syurga bagi korang yang suka dengan ‘scenery’, kedamaian dan ketenangan. Bentuk piramidnya yang simetrik, gigi berbatu yang mencapai langit dan pantulan cahaya dari Stellisee yang berdekatan menjadikan pemandangan Matterhorn sebagai pemandangan semula jadi yang unik di Zermatt. Korang mungkin pernah nampak gigi berbatu ni rasanya – bentuk cokelat Toblerone dan gambar gunung pada bungkusan cokelat itu adalah Metterhorn.
Gunung ini tidak
menawarkan alternatif (berkereta
atau keretapi) untuk sampai ke puncak selain mendaki. Bukan sahaja
tempat yang megah tetapi juga tempat yang mencabar bagi bukan pendaki. Bagi korang yang berminat, masa terbaik untuk
memanjatnya adalah pada musim panas. Pendakian dianggap sukar bagi pendaki amatur. Bagi pendaki
yang berminat perlu bersiap secara fizikal dan psikologi beberapa bulan
sebelumnya. Bagi yang bukan pendaki, pilihan lain adalah dengan melihat Matterhorn dari beberapa pemandangan terbaik di tasik Schwarzsee atau Stellisee atau hanya mengambil gondola ke Gornergrat atau
hanya dari bandar Zermatt.
Kredit foto: zermatterhorn(dot)info |
KETIGA :: Pilatus
Gunung Pilatus terletak di tengah Switzerland kira-kira 50km dari bandar
Zurich. Kedudukan pusatnya menjadikan gunung ini terletak di tiga
kanton: Obwalden, Nidwalden, dan Luzern. Puncak tertinggi di kawasan
pergunungan ini terletak di sempadan antara Obwalden dan Nidwalden dengan ketinggian 2,128 meter. Korang
yang berminat boleh sampai di puncak Pilatus dengan dua cara:
Permandangan dari Fräkmüntegg, Pilatus: Kredit foto: luzern(dot)com |
Pertama:
dengan Pilatus Railway, dalam 30 minit perjalanan dengan keretapi paling curam yang
pernah diketahui di
dunia iaitu berkecerunan 48 darjah. Pilatus Railway menawarkan perkhidmatannya dari Mei hingga
November, permulaan musim
sejuk.
Kedua: dengan mengambil gondola. Sepanjang perjalanan dengan gondola, korang akan melalui dua stesen gunung.
Di stesen pertama, Krienseregg
dan seterusnya ke Fräkmüntegg yang keseluruhannya mengambil masa kira-kira 30 minit. Sepanjang perjalanan itu, korang boleh
menikmati pemandangan indah yang ditawarkan gunung ini sepanjang musim.
Jarak bandar
Zurich ke Pilatus adalah kira-kira 50km sama ada dengan bas, keretapi, teksi
atau kereta.
KEEMPAT :: Titlis
Titlis pada musim sejuk. Kredit foto: zuerich(dot)com |
Titlis adalah gunung yang terletak di sempadan antara kanton
Obwalden dan Bern dengan ketinggian 3,238 meter (10,623 kaki) dari aras laut, menjadikan
ia puncak tertinggi merentangi utara Susten Pass, antara Bernese Oberland dan tengah
Switzerland. Ia boleh diakses dari Engelberg di sebelah utara dengan kereta
kabel. Sistem kereta kabel menghubungkan Engelberg ke puncak Klein Titlis melalui
tiga stesyen iaitu Gerschnialp (1,262 meter), Trübsee (1,796 meter) dan Berdiri (2,428).
Bahagian terakhir kereta kabel mengarah ke atas glasier. Di
Klein Titlis, korang boleh mengunjungi gua glasier dari pintu masuk di stesen
kereta kabel, Titlis Cliff Walk, jambatan gantung tertinggi di
Eropah dibuka pada bulan Disember 2012, dengan pemandangan di Banjaran Alps.
Ramai orang ke Titlis sebagai pilihan yang lebih murah dan lebih mudah daripada
Jungfraujoch.
Bagi korang yang melawat Switzerland pada musim sejuk,
banyak aktiviti boleh dibuat di sini, tentunya bermain ski, luncur salji dan jalan
kaki musim sejuk. Pada musim panas, terdapat banyak aktiviti lain untuk
dinikmati seperti mendaki, berbasikal gunung atau mendayung di tasik Trübsee.
Bergantung kepada tempat tinggal korang sama ada di Zurich atau Lucerne, kedua-duanya boleh ke Titlis. Boleh juga kalau hendak dari Zurich – Lucerne – Tislis. Ikut itinerary masing-masing sebab pengakutan awam mudah atau dengan kereta sewa.
KELIMA :: Eiger
Eiger pun menjadi salah satu gunung yang paling terkenal di dunia dengan ketinggian 3,967 meter. Terkenal kerana keindahannya yang unik, dan juga mungkin mimpi ngeri kerana ‘cabaran’ di bahagian utaranya atau ‘north face’. Korang mungkin pernah dengar jenama “North Face” kan, pakaian musim sejuk? Eiger adalah sebahagian dari Pergunungan Alps Bernese di kanton Berne. Ia menawarkan pemandangan memukau Grindelwald dan Lauterbrunnen.
Apa yang menjadikan gunung ini salah satu yang paling terkenal adalah sisi utaranya (north face) atau dikenali sebagai Mordwand atau “Wall of Death" atau “dinding pembunuh”. Bahagian gunung ini kebanyakannya diliputi oleh batu dan ais. Ramai yang telah mencuba selama bertahun-tahun untuk mendakinya. Ramai yang berjaya dan ada juga yang kehilangan nyawa dalam perjalanan ke puncak. Oleh kerana ketinggian, keadaan cuaca, dan cerun curam, sisi utara Eiger lebih selamat untuk didaki oleh pendaki profesional. Bagi pendaki bukan profesional, Eiger menawarkan laluan lain untuk mendaki iaitu melalui South Ridge dan Western Flank. Walaupun ia dianggap sebagai laluan yang lebih selamat berbanding Mordwand, korang masih perlu buat persiapan berbulan-bulan sebelum memulakan pendakian.
Kalau korang bukan pendaki, korang boleh ambil Kereta Api Jungfrau ke stesen di Eigergletscher dan terus ke Eiger Trail. Dari sini, korang boleh berjalan selama satu jam di sepanjang kaki Eiger North Face sambil melihat pemandangan indah di Wetterhorn dan Grosse Scheidegg. Sekiranya korang membawa teropong, korang boleh melihat para pendaki bergantung sambil menghadap ke permukaan batu gunung.
KEENAM :: Glacier 3000
Glacier 3000 adalah satu-satunya kawasan ski
di Bernese Oberland dan memungkinkan untuk
menawarkan sukan musim sejuk dari akhir Oktober hingga awal Mei. Glacier 3000 dengan ketinggian 2,965 meter mampu memberikan pemandangan yang menakjubkan di
Bernese Alps di mana korang boleh nampak dari jauh 24 puncak lebih dari 4,000
meter tinggi seperti Eiger, Mönch, Jungfrau, Matterhorn, Grand Combin dan Mont
Blanc.
KETUJUH :: Rochers-de-Naye
Rochers-de-Naye terletak di kanton Vaud dengan ketinggian 2,042 meter juga mempunyai pemandangan yang cantik. Pada ketinggian
ini korang boleh nampak puncak-puncak lain dari jauh macam Mont Blanc dan Mettahorn
dan pemandangan yang menakjubkan di bawah iaitu Tasik Geneva yang berkeluasan kira-kira
580 km/persegi. Dari hujung ke hujung saja (Geneva – Montreux) menjangkau hampir
100km, lebih kurang panjangnya Kuala Lumpur ke Slim River. Bayangkan korang
memandu dari Kuala Lumpur ke Slim River yang sepanjang perjalanan adalah tasik.
Mont Fort
memiliki ketinggian 3,300 meter boleh juga menjadi itinerary gunung korang.
Goldola akan bermula di La Tzoumaz, Verbier atau Nendaz ke Mont Fort. Seperti
juga yang lain, korang boleh lihat gunung-gunung lain dari jauh macam Matterhorn,
Dent d'Hérens, Grand Combin, Mont Blanc dan puncak-puncak lain di sekitar. Dari
puncak, korang kemudian boleh mendaki dan menunggu matahari terbit.
Monte Rosa
adalah gunung tertinggi di Switzerland dengan ketinggian 4,634 meter dari aras laut. Anda
boleh mendaki gunung jika anda seorang pendaki gunung yang mahir. Jika korang bukan pendaki, pilihan
lain adalah pergi ke chalet-chalet
di Monte Rosa dan korang
boleh bermalam di sana.
Ia adalah pengalaman
yang menakjubkan di
kaki gunung. Tapi kena berhati-hati
juga sebab hendak ke chalet tu kena melintasi glasier kecil, jadi
diperlukan pengalaman dan peralatan yang tepat (crampon dll). Atau jika anda
ingin melakukannya dengan cara yang selamat, korang boleh menyewa "tour guide" panduan untuk membawa anda ke sana dari Zermatt. Nota: Korang boleh panggil helikopter penyelamat tapi dengan harga dengan caj RM20,000. Nak?
Itu sahaja sepuluh puncak yang dicadangkan. Korang boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Nak yang mencabar korang pilihlah yang tertinggi dan kalau mahukan yang santai ambil yang dekat dengan bandar, senang diakses dan mudah didaki. Selamat melancong!
Eiger pun menjadi salah satu gunung yang paling terkenal di dunia dengan ketinggian 3,967 meter. Terkenal kerana keindahannya yang unik, dan juga mungkin mimpi ngeri kerana ‘cabaran’ di bahagian utaranya atau ‘north face’. Korang mungkin pernah dengar jenama “North Face” kan, pakaian musim sejuk? Eiger adalah sebahagian dari Pergunungan Alps Bernese di kanton Berne. Ia menawarkan pemandangan memukau Grindelwald dan Lauterbrunnen.
Apa yang menjadikan gunung ini salah satu yang paling terkenal adalah sisi utaranya (north face) atau dikenali sebagai Mordwand atau “Wall of Death" atau “dinding pembunuh”. Bahagian gunung ini kebanyakannya diliputi oleh batu dan ais. Ramai yang telah mencuba selama bertahun-tahun untuk mendakinya. Ramai yang berjaya dan ada juga yang kehilangan nyawa dalam perjalanan ke puncak. Oleh kerana ketinggian, keadaan cuaca, dan cerun curam, sisi utara Eiger lebih selamat untuk didaki oleh pendaki profesional. Bagi pendaki bukan profesional, Eiger menawarkan laluan lain untuk mendaki iaitu melalui South Ridge dan Western Flank. Walaupun ia dianggap sebagai laluan yang lebih selamat berbanding Mordwand, korang masih perlu buat persiapan berbulan-bulan sebelum memulakan pendakian.
Kalau korang bukan pendaki, korang boleh ambil Kereta Api Jungfrau ke stesen di Eigergletscher dan terus ke Eiger Trail. Dari sini, korang boleh berjalan selama satu jam di sepanjang kaki Eiger North Face sambil melihat pemandangan indah di Wetterhorn dan Grosse Scheidegg. Sekiranya korang membawa teropong, korang boleh melihat para pendaki bergantung sambil menghadap ke permukaan batu gunung.
KEENAM :: Glacier 3000
Glacier 3000 adalah satu-satunya kawasan ski
Jambatan gantung Glacier 3000. Kredit foto: MySwitzerland(dot)com |
Di puncak
Glacier 3000 terdapat jambatan gantung pertama di dunia yang menghubungkan dua
puncak gunung. Untuk ke
sini korang boleh ambil bas dari Gstaad atau Les Diablerets ke Col du Pillon, kemudian
ambil gondola ke stesen puncak Glacier 3000.
KETUJUH :: Rochers-de-Naye
Stesen di puncak Rochers-de-Naye ©rashidisaid |
Korang
boleh menaiki keretapi dari stesen Montreux melalui Glion dan Caux ke puncak. Keretapi
hingga ke Rochers-de-Naye beroperasi sepanjang tahun termasuk pada musim sejuk.
KELAPAN :: Mont Fort
Mont Fort
dikelilingi oleh beberapa glasier, yang terbesar adalah Glacier de Tortin, di
sebelah barat lautnya. Yang kedua terbesar adalah Glacier du Mont Fort, yang
terletak di sebelah timur lautnya. Di sebelah timurnya terdapat puncak bawah
Benteng Petit Mont (3,135 m). Benteng Glacier du Petit Mont terletak di antara
dua puncak. Tidak ada glasier di sebelah selatan gunung. Sebuah tasik kecil
bernama Lac du Petit Mont Fort pada ketinggian 2,764 meter terletak di tebing
selatan.
Korang boleh
ke Mont Fort dari Verbier: Gondola rail and chairlift to La Chaux, kereta kabel
Col des Gentianes terus ke Mont Fort. Kedua dari Haute-Nendaz dengan bas ke
Siviez, chairlift Tortin, kereta kable Col des Gentianes ke Mont Fort.
KESEMBILAN :: Monte Rosa
KESEPULUH :: Creux du Van
Tebing amfiteater ©rashidisaid |
Creux du
Van terletak di seberang Tasik Neuchâtel yang berbentuk dinding
batu separa bulat (amfiteater) gergasi yang wujud secara semula jadi atas banjaran Jura bersempadan dengan Perancis.
Amfiteater semula jadi ini mempunyai diameter satu kilometer dan merupakan
hasil hakisan berterusan oleh air dan ais berjuta-juta tahun lalu.
Apabila korang
berada di tepi tebing amfiteater ni, korang boleh berjalan mengelilingi amfiteater
tapi kalau korang seorang yang takutkan ketinggian memang agak menggerunkan. Tarikan
kedua di sini adalah lombong asfaltnya. Antara tahun 1711 dan 1986, sistem
terowong sejauh 100 kilometer didirikan di sini. Jalan-jalan di Paris, London
dan New York diturap dengan aspal dari lembah ini. Hari ini satu kilometer
lombong yang tidak digunakan dibuka untuk pengunjung.
Creux du
Van mempunyai akses yang mudah kerana hanya melibatkan dakian tidak curam kira-kira 1km sahaja dari tempat letak kereta di sebuah restoran di sini. Kalau korang cukup stamina, korang boleh meneroka dengan berjalan kaki keseluruhan lembah ni kira-kira 14km dalam masa 4 jam. Dari Geneva atau Lausanne ke sini adalah kira-kira 1 jam dengan kereta sahaja disebabkan tiada alternatif pengankutan lain ke sini.
Itu sahaja sepuluh puncak yang dicadangkan. Korang boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Nak yang mencabar korang pilihlah yang tertinggi dan kalau mahukan yang santai ambil yang dekat dengan bandar, senang diakses dan mudah didaki. Selamat melancong!
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas mesej anda. Saya akan menjawab mesej anda seberapa segera. Stay safe!
Thank you for your message. I will attend to your messages soonest possible. Stay safe!