Posts

Showing posts from September, 2020
Show All

Tasik-tasik best di Switzerland

Tasik Geneva (c)rashidisaid Switzerland memang mempesonakan disebabkan pemandangan yang penuh dengan pergunungan.  Jika sebelum ini saya dah kongsi tentang gunung-ganang Switzerland, kali ini nak kongsi dengan korang tentang tasik pula. Seperti juga gunung, Switzerland tidak bermakna tanpa tasik. Tasik adalah sumber air utama populasi Switzerland disebabkan Switzerland adalah negara daratan (landlocked) tidak mempunyai laut. Sebab itu rakyat Switzerland sangat-sangat memelihara tasik diorang dari tercemar. Nak nampak sampah terapung dalam tasik pun susah. Switzerland memiliki kira-kira 7,000 buah tasik yang mana 103 darinya adalah tasik bersaiz besar . Ini antara tasik yang best yang korang boleh melawat, santai, duduk, baring, lelap, makan, berkelah, ambil selfie dan wefie, mandi, berjemur, menaiki bot dan sebagainya. Memang indah dengan pemandangan pelbagai tasik yang menakjubkan. Tasik Geneva atau Lac Léman dalam Bahasa Perancis Tasik Geneva sepanjang 100km (c...