Kembara Republik Czech: Hari Pertama

Cuti Easter :: Musim bunga :: Prague. Dua minggu sebelum itu, merancang dengan rakan sepejabat untuk mengambil cuti Easter. Easter adalah cuti umum di Switzerland selama seminggu. Destinasi yang dirancang adalah ke Republik Czech, sebuah negara di Eropah Tengah yang bersempadan dengan Poland di sebelah utara, German di sebelah barat, Austria di sebelah selatan, dan Slovakia di sebelah timur.

MAZDA 14 tahun
Itu destinasi yang akan dituju. Merancang untuk bermalam di rumah rakan diplomat di Prague, ibu negara Republik Czech. Di Vienna akan bertemu dengan seorang rakan lagi sebagai "pemandu pelancong" tidak rasmi. Rakan kepada rakan saya ini. Perjalanan sejauh  2,000km bermula dari Geneva ke arah Prague kemudian turun ke Vienna, Austria sebelum pulang semula ke Geneva. Tempoh yang memakan masa hampir seminggu. Oh ya, dengan memandu sebuah Mazda 323F yang dibeli dengan harga CHF6,500 yang berusia 14 tahun. Gila? Tidak sampai tahap gila, cuma penuh yakin dan bertawakkal...haha. Itu baru cabaran kan. Cabaran pertama di bumi Switzerland. Sebenarnya, ini bukan kereta saya tapi kereta yang saya beli untuk isteri hanya untuk kegunaan di Canton Geneva, ulang-alik untuk mengambil anak di sekolah, ke kedai beli susu atau menghantar anak ke klinik kalau sekiranya kena sakit demam. Tapi untuk cuti Easter yang sangat menerujakan ini, tugas kereta ini akan lebih sedikit dan lebih mencabar. Harap kereta ini berperangai baik sahaja sehingga pulang semula ke Geneva. I love Mazda! Rakan saya, dengan MPV Citroen C8 nya. Baru dan laju. Maksudnya apa untuk Mazda berumur 14 tahun? Satu lagi alat survival zaman moden--GPS. Mesin kecik sebesar tapak tangan terkandung peta yang dengan hanya menekan papan kekunci untuk destinasi yang hendak dituju dan wallah, hanya ikut sahaja arahan. Tapi itu rakan saya, bukan saya. Saya hanya cetak peta hitam putih melalui komputer. Sungguh tradisional dan jimat. 

R&R Aubonne, Switzerland
Cuti Easter tiba. Pukul 10.00 pagi bertemu rakan di apartmen-nya di Rue de Laussane. Selepas itu kami bersama-sama bergerak meninggalkan Geneva menyusuri lebuhraya A1 menuju ke Basel, Switzerland iaitu sebuah bandar yang menjadi pintu sempadan untuk memasuki negara German untuk meneruskan perjalanan melalui Autobahn (lebuh raya dalam bahasa German). Tahu Autobahn? Lebuhraya tanpa had memecut. Tekan 300km sejam pun tidak mengapa janji ada jiwa berani mati. Perjalanan ke Basel sejauh 250km memakan masa selama empat jam termasuk berhenti di hentian R&R Aubonne untuk berehat mengendurkan urat leher dan belakang, makan bekal nasi lemak dan meehon beramai-ramai. Itulah rakyat Malaysia bila di perantauan. Cuba tanya rakyat Malaysia di negara lain bila bermusafir. Sefesyen kan?. Bila berada di perantauan selalunya sesama kita akan lebih akrab, lebih berkongsi, lebih kunjung mengunjung dan lebih mesra. Berbanding di Malaysia, yang berjumpa dan bersalaman hanya pada hari raya sahaja mungkin. Mungkin hormon bertukar bila berada di Malaysia atau gen-gen dalam tubuh menjadi lebih renggang sebab cuaca panas. Mungkin sahaja.


R&R di Czech. Nampak kereta polis di belakang?
Lupa kejap tetang hormon, kembali pada perjalanan ke Prague. Perjalanan mengambil masa selama 12 jam ke Prague melepasi bandar Strasbourg, Nuremberg, German dan Plzen, Czech. Kali ini kami berhenti pula di sebuah R&R di Czech. Buka bekalan sekali lagi, berkelah menjamu selera. Kali ini kami di datangi oleh polis Republik Czech. Agak-agak sahaja berdasarkan "Polizie" pada pintu kereta mereka dan mereka beruniform. Minta paspot kami untuk mereka periksa. Pasport dipulangkan kepada kami tanpa sepatah kata pun. Tidak tahu kenapa, mungkin kerana ada di antara kami yang bertudung. Mungkin juga pelik kenapa ada segerombolan manusia sedang menikmati bekal, siap dengan periuk sekali di atas meja dengan menu yang pelik. Ada ikan-ikan kecil dan ada telur rebus yang dipotong empat. Mungkin di sini cara ini cukup unik tidak pernah dibuat orang. Entah.


C8 dengan had laju kebangsaannya. Katanya.
Habis sejam di sini. Kami meneruskan perjalanan menyusuri lebuhraya E50 terus ke Prague. Mazda menyusuri E50 secara berhemah dengan mata menghayati pemandangan di kiri-kanan yang sesekali berbukit, hutan-hutan pine, dan kedudukan rumah-rumah yang tidak padat. Perjalanan berterusan sehingga matahari mula terbenam kira-kira jam 7 dan gelap kira-kira jam 8. Seperti biasa, kereta C8 rakan saya sudah jauh ke depan hilang dari pandangan. Entah berapa jauh, mungkin juga beberapa kilometer. Seperti sedia maklum, kami guna teknik zaman jepun, guna peta kertas dengan pandangan yang lebih berhati-hari takut susur keluar terlepas. Setiap signboard susur keluar dibaca satu persatu dengan teliti untuk pastikan ianya sama dengan apa yang tertera di atas kertas. Suatu ketika lebuh raya gelap gelita tanpa lampu di kiri dan kanan. Kereta kawan saya menghilang entah ke mana. Katanya dia bawa ikut had laju lebuhraya sahaja dan saya memandu macam kura-kura *Ya right!*. Terima panggilan, "Kami tersalah jalan, masuk ke arah lain. GPS arah ikut jalan yang lama". Ha, lihat, teknologi tidak selalunya betul. Teknologi hanya untuk memudahkan kerja. Tapi teknologi dan common sense adalah segala *senyum* sebab hendak sedapkan hati pakai peta kertas sahaja. 




Zairi Basri, rakan di Prague
Setelah hampir separuh hari, kami memasuki bandar Prague pada jam 9.30 malam. Tidak menghayati sangat bandar Prague pada waktu sebegini. Letih barangkali. Hanya nampak lampu-lampu neon di kiri dan kanan jalan seperti kota-kota lain juga. Sesekali melewati bangunan-bangunan berbentuk dome. Entah bangunan apa. Mata masih tertumpu pada peta kertas, tangan memegang stereng dan kaki menekan padel perlahan. Malas hendak ambil pusing. Esok masih ada kan. Berpusing mencari kawasan apartmen sahabat saya di Prague. Berpusing hampir setengah jam dari satu blok ke satu blok, memasuki dan kemudian keluar dari lorong-lorong kecil. Akhirnya kami tiba di apartmen pada jam 10.00 malam. Alhamdulillah habis pengembaraan hari pertama. 

R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Kembara 7 malam dengan Motorhome di Switzerland berbaloi tak?

Sebenarnya hasrat nak mengembara dengan campervan atau motorhome dah lama. Dari kali pertama di Geneva dulu pada tahun 2008-2010, nak cuba tapi asyik bertangguh. Trip kali ni memang agak teruja sebab ia satu pengalaman baharu, sebelum ini pengembaraan banyak dengan kereta atau kapal terbang. Jadi kami putuskan mengapa kali ni tak cuba mengembara dengan motorhome? Mengembara dengan motorhome kena buat perancangan rapi dan tempahan kena buat lebih awal terutamanya kalau mengembara pada musim panas sebab permintaan untuk kenderaan motorhome agak tinggi. Dalam bulan Mei sebelum cuti musim panas bulan Ogos, saya buat perancangan dengan mencari syarikat-syarikat sewa motorhome secara online, cari syarikat sewa motorhome yang berdekatan dengan Geneva supaya senang untuk ambil dan hantar motorhome kelak.  Perancangan kitaorang lebih kurang macam ni: Pertama : Dengan ahli keluarga seramai lima orang, saya bandingkan kos sewa hotel dengan sewa motorhome dan kos-kos lain. Kami dengan ahli kel...

Jelajah Andalusia Sepanyol - Cordoba

Cordoba is situated 160km on the northside of Malaga or one hour and 45 minutes drive from Malaga via A45 highway.   It was conquered by invading Islamic armies in the eighth century, and then became the capital of the Islamic Emirate and then Caliphate of Córdoba, including most of the Iberian Peninsula.  U nder the rule of Caliph Al Hakam II, Cordoba had also become a centre for education under its Islamic rulers. Al Hakam II opened many libraries in addition to the many medical schools and universities which existed at this time. During these centuries Córdoba became a predominantly Muslim society with minorities living in a restricted second-class status. It returned to Christian rule in 1236, during the Reconquista. Córdoba has the second largest Old town in Europe, the largest urban area in the world declared World Heritage by UNESCO. The most important building and symbol of the city, the Great Mosque of Córdoba and current cathedral, alongside the Roma...