Superbiking
Entah. Rasanya minat @mimpi pada motor besar (superbike) sudah lama sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi pada masa itu hanya sekadar minat. Minat budak-budak lelaki apa saja yang beroda, kenderaan beroda dua atau beroda empat. Memiliki superbike pertama Kawasaki ZX2 (250cc) ketika tinggal di Jalan Duta, KL. Masa itu 2 tahun sebelum posting ke Geneva. Beli dari rakan pada harga RM8,500. Cukuplah 250cc sebagai permulaan. ZX2R Setelah mendapat berita saya akan ditukarkan ke pejabat di Geneva Switzerland, hati sedih bercampur gembira. Sedihnya sebab kena tinggalkan segalanya. Jual semuanya, perabot, kereta, dan motosikal. Kosong. Masih ingat dua minggu sebelum posting kami buat "Garage Sale". Habis semuanya dari sebesar-besar sofa ruang tamu sehingga ke sekecil kotak kunci..hahaha. Superbike yang saya iklankan sudah ada yang ingin merisik oleh seseorang dari Klang. Mudah, beliau datang tengok dan test ride, terus setuju nak beli. Bayar dan terus bawa balik. Mudah sunggu...