Saya masih di sini

Sudah setahun lebih saya tidak melawat blog saya sendiri :D. Lihat dari tarikh, catatan terakhir saya adalah pada bulan April 2014. Mungkin saya sibuk dengan penulisan akademik, hadiri kelas, peperiksaan, siapkan kerja-kerja kursus pengajian PhD saya pada dua atau tiga semester yang lepas.





Pengajian PhD saya? masih berjalan seperti biasa, masih berfikir dan menulis, menulis dan menulis. Apa pun yang terjadi, cabaran di perjalanan yang gembira atau duka, saya tetap perlu menulis. Itu harapan yang diberi oleh keluarga, majikan dan penaja saya. Itu kepercayaan dan tanggungjawab saya yang perlu penuhi.


Sungguh cepat masa cepat berlalu. Sudah dua tahun saya mengikuti pengajian PhD. Pengajian yang mencabar minda, jiwa dan raga. Pengajian tidak mengira masa, hari, bulan dan tahun. Bila cuti, bila tidak. Setiap satu hari sama sahaja. Kekadang hari pun lupa *senyum*

Kadang kala bertemu rakan-rakan sepengajian mencurah perasaan kerana apa yang ditutur bicarakan, hanya kami sahaja yang faham. Sehingga kadang kala "Kenapa kita ambil ekonomi? Kenapa susah-susahkan diri?", "Orang lain semua ambil bidang yang mudah". Tidak apa, kesusahan yang beberapa semester lagi akan berakhir dan beberapa ketika berikutnya kami pasti akan tersenyum. 

Dalam kesibukan, masih berusaha untuk mencari ruang-ruang kelapangan lain. --berkayuh, bersukan, bermotosikal dan blogging.


R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...