Yvoire, pekan abad pertengahan

Yvoire, Perancis hanya sebuah pekan nelayan terpencil di pinggir Tasik Geneva. Sebuah pekan kecil yang menyendiri tetapi unik dengan cara tersendiri. Pekan ini pernah memenangi pertandingan "the best kept villages in 1959" dan boleh dikatakan sebagai antara bandar yang tercantik di Perancis. Pekan kecil ini kegemaran kami pada musim bunga dan panas untuk membawa rakan-rakan dari Malaysia jika mereka melawat Geneva.

Yvoire mempunya sejarah yang tersendiri pada zaman pertengahan Eropah. Bandar ini berkembang selari dengan peranan Tasik Geneva sebagai laluan utama di antara Perancis dan Itali di banjaran Alps. 

Bandar ini cantik dilawati pada musim bunga dan panas. Jadi tidak hairanlah jika bandar kecil ini memenangi anugerah antarabangsa "Landscape and Horticulture" pada tahun 2002.

Jarak Yvoire, Perancis dan bandar terdekat Geneva, Switzerland adalah kira-kira 27km sahaja atau 45 minit dengan kereta. 



Pekan kecil Yvoire, Perancis. Sebuah bandar nelayan kecil
Foto: http://www.dronestagr.am
Yvoire berwarna-warni dengan bunga yang dijaga rapi
Pintu masuk ke pekan Yviore
Bangunan yang dijaga rapi


Deretan kedai-kedai kecil yang dibuka untuk pelancong
Setelah penat, kita nikmati "jelato"

Yvoire di pinggir Tasik Geneva

Untuk maklumat lanjut mengenai pekan kecil cantik dan damai ini, anda boleh lawati laman web www.yvoiretourism.com.


 R.A.S.H.I.D.I.SAID








Comments

  1. Salam Tuan, adakah cara lain utk sampai ke pekan Yvoire selain berkereta sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan,

      Cara lain selain guna kereta sendiri adalah dengan menaiki bot. Tapi bot hanya disediakan di pekan Nyon. Dari Geneva ke Nyon hanya 15 minit dengan keretapi dan bot dari Nyon ke Yviore kira-kira 20 minit. Susah sikit tapi berbaloi.

      Delete
  2. Salam Tuan, terima kasih atas maklumay yg cukup membantu.. saya nak tnya, bot yang tuan maksudkan untuk ke Yviore boleh guna swiss travel pass? Nanti bila dah smpi Yviore dari Nyon, pekannya dekat sahaja dgn jetty? Saya insyAllah akak ke sana hujung bulan 3 2017. Bersama suami dan anak kecil. Pada pendapat tuan sesuai tak anak kecil dibwa? Terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Ya boleh pakai. Pekan Nyon kecil sahaja mmg dekat dengan jetty. Bulan 3 suhu dah tak berapa sejuk jadi kalau ada anak kecil tak susah sangat.

      Delete

Post a Comment

Terima kasih atas mesej anda. Saya akan menjawab mesej anda seberapa segera. Stay safe!

Thank you for your message. I will attend to your messages soonest possible. Stay safe!

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...