Posts

Showing posts from 2016
Show All

my journey

It has been quite sometime I haven't updated anything about what I've gone through beside travelling (not much!). I started my PhD journey three years ago since I have been offered a full scholarship by JPA. How fast the time flies. I have entered my 3 1/2 years. Semakin sampai di penghujung perjuangan PhD, semakin sibuk saya. Maaf kalau saya lambat menjawab semua pertanyaan di blog, facebook atau email.. Bukan niat saya, tapi disebabkan kesibukan menulis. Hobi-hobi biasa saya pun selalu ke laut. Hari ini saya bertemu dengan penyelia PhD saya. Bincang kerja-kerja yang dah siap (sebab janji nak siapkan). Lepas bentang, "OK awak dah boleh cuti :D"...ke Krabi kita minggu ini. yahooo! R.A.S.H.I.D.ISAID

Mengembara ke dunia tulip

Kali ini kami hendak bawa semua ke dunia tulip pula. Semua tahu kecantikan tulip kan? Bunga yang menjadi pilihan apabila tiba hari valentine, hari konvokesyen, hari lahir, hari ulangtahun, melawat rakan sakit dan lain-lain. Cantik bila nampak sejambak tulip biru, kuning, merah, pink, dan hijau. Tapi bagaimana kalau sebuah taman yang ditumbuhi tulip sejauh hamparan mata memandang, mcm sawah padi? Pengunjung beratur membeli tiket Kami cerita sedikit kisah tulip. Sejarah pun kena tahu juga. Sebenarnya terdapat kira-kira 100 species tulip di dunia yang termasuk dalam keluarga Liliaceae. Tulip adalah berasal dari Timur Tengah dan banyak ditanam di negara Turki pada zaman Empayar Uthmaniyah. Bunga tulip juga adalah bunga kebangsaan negara Turki. Tulip hanya tiba di Belanda pada abad ke-16. Ketika Carolus Clusius (ahli Botani berbangsa Perancis) menulis sebuah buku mengenai tulip pada tahun 1592, tulip telah menjadi sangat popular pada ketika itu sehingga tulip yang ditaman beliau serin...

Bila salji turun

Bila di Switzerland, salji turun adalah satu nikmat. Masih ingat hari pertama ketika tahun pertama di Geneva, salji turun pada waktu tengah malam. Dari samar-samar cahaya lampu di depan rumah, dapat lihat dari tingkap salji seputih kapas turun dari langit. Sekali-sekala titis-titis salji berterbangan ke kiri dan kanan ditiup angin. Esok pagi bila bangun untuk ke pejabat, luar rumah kelihatan putih kesemuanya--pokok, rumah, kereta, jalan raya semua dilitupi salji tebal. Bila salji turun pada waktu pejabat dan bila habis waktu bekerja, dalam perjalanan pulang ke rumah terlihat beberapa buah kereta terbabas di "roundabout". Kereta terbabas masuk ke dalam semak sebab jalan licin. Bila cuti hujung minggu, saya dan jiran-jiran dari Malaysia mencari lokasi sesuai untuk bermain salji. Bukan anak-anak sahaja tapi juga ibu bapa. Bukan orang Malaysia sahaja yang main tau, mat saleh pun sama OK...hahaha. Biar gambar sahaja berbicara. Ini gambar-gambar di  pekan Versoix, sebuah pek...

Musim beku Geneva. Mak ai!

Teringat beberapa tahun dulu, tahun 2012. Gambar-gambar yang beredar seluruh dunia mengenai cuaca sejuk ekstrem di Geneva. Gambar kerusi, pokok, bot, kereta, basikal, jalan raya yang semuanya dilutupi ais. Gambar-gambar ini kebanyakannya diambil di pekan kecil kami -- pekan Versoix. Sebuah pekan kecil yang terletak di pinggir Tasik Geneva, yang hanya ada sebuah bank, sebuah farmasi, sebuah sekolah kebangsaan, sebuah kilang cokelat dan sebuah pasar mini (seperti Speedmart). Rumah kami di Versoix kira-kira 10 minit dengan berjalan kaki dari tepi Tasik Geneva. Pada hujung minggu, di pekan itulah tempat kami menikmati breakfast capuccino, croissant, dan chocolate cakes di sebuah cafe pada musim panas. Itu sahaja yang boleh dimakan. Sesekali teringat roti canai, nasi lemak dan teh tarik. Rindu tanahair. Bila petang, di pekan ini juga kami sekeluarga duduk menghadap tasik sambil menikmati bunyi trumpet Switzerland atau memberi roti pada burung dan itik mullad. Bila masuk musim sejuk, n...