Nostalgia di bumi Swiss

Saya tiba di Geneva Airport pada pukul 12.30 tengahari. Bila tiba di airport, Yusof, pemandu Pejabat Perwakilan dah menunggu di pintu luar balai ketibaan. Saya tak kenal tapi bila keluar dari balai ketibaan dia sudah tersenyum. Yusof kenal saya melalui gambar sahaja katanya. Yusof adalah pemandu baru Pejabat Perwakilan yang berasal dari Algeria. Bila tiba di luar pintu airport, saya sedut udara Geneva yang sudah saya tinggalkan selama 7 tahun. Masih segar, sejuk, dan bersih seperti dulu..hmmm. Mulut berasap! sebab udara sejuk.

Saya ambil peluang dengan masa yang terhad melawat pekan Versoix, Geneva sebelum mesyuarat penuh dari Isnin hingga Jumaat. Takut tak sempat sebab flight balik pada awal pagi Sabtu.

Untuk ke Vesoix, saya perlu menaiki bus yang sejam sekali pada hari Ahad -- jadual saya rasa cukup pelik 1.36, 2.36, 3.36, 4.36. Siap ada tiga puluh enam minit. Tapi saya tidak terkejut sebab bas memang tiba pada pukul 4.36. Saya ambil bas yang sama iaitu bas "V" (mungkin "V" untuk Versoix) di perhentian bas berhampiran Pejabat PBB iaitu bas yang saya gunakan setiap hari masa mula-mula sampai ke Geneva dahulu. Hampir 3 bulan juga saya guna bas "V" disebabkan masih belum memiliki kenderaan sendiri. Seingat saya, untuk balik ke rumah dari Pejabat Perwakilan di Rue de Pre Bois, saya perlu menaiki sebuah bas lagi untuk ke hentian Pejabat PBB. Bila musim hujan (lebat), selalunya saya akan basah kuyup. Bila turun salji, saya akan melalui celah-celah salji yang memutih. Kekadang sengaja saya pijak salji yang belum terusik sebab syok. hahaha.

Saya bunyikan loceng untuk turun di hentian bas  Rue de Feyard ("Rue" adalah jalan dalam bahasa Perancis) iaitu hentian bas untuk pulang ke rumah masa tinggal di Versoix dahulu. Dari situ saya perlu berjalan kaki de Chemin Regiment de Conti ("Chemin" adalah lorong dalam bahasa Perancis). Bila tiba, hujan lebat!

Saya berjalan ke Chemin Regiment de Conti untuk melihat rumah lama saya. Keadaan Chemin Regiment de Conti masih tidak berubah kecuali sebuah bangunan kedutaan yang dahulunya masih di dalam peringkat pembinaan.

Kemudian saya ke pekan Versoix pula dengan berjalan kaki kira-kira kurang 1km. Ok jer sebab tak panas. Pekan Versoix terletak di sebelah tasik Geneva. Dulu kami selalu ke situ breakfast di hujung minggu. Saya tak dapat berada lama di sini sebab jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Sejam lagi akan gelap.

Tasik Geneva


Pemandangan Tasik Geneva dari Versoix


Pekan Versoix

Pekan Versoix

Comments

  1. Tuan..sy berhasrat utk melawat Zurich 2h1mlm pd hujung ogos 2018..if dari London, apa pengangkutan awam yg sesuai dan bagaimana nak booking?

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas mesej anda. Saya akan menjawab mesej anda seberapa segera. Stay safe!

Thank you for your message. I will attend to your messages soonest possible. Stay safe!

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k...

Final Farewell to Winter 2019

Winter is over now... however, it refused to let go the baton to Spring before a final showdown.  So at last, on 4th April 2019, winter delivers its final snow here in Geneva.  We are lucky as this is the first snow fall at La Vigie, we though we have to wait until next winter to view the snowfall here in our new home. Words cannot deliver the beauty of fresh snowfall early in the morning.  By noon, all the beauty slowly fades away. Enjoy the view. A bientot... ~ yatiseman `

Tentang Penulis : SAYA & DIA

TENTANG SAYA "Ada apa aku dan dunia ini? Tiadakah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat alTarmizi, dinilai sahih oleh al-Albani) "One's destination is never a place, but a new way of seeing things." (Hendry Miller, writer) Tiada yang istimewa. Saya hanya se orang anak kampung yang dilahirkan di s ebuah daerah terpencil negeri Kedah. Rumah tok hanya sebuah rumah kayu usang. Rumah yang malamnya hanya samar-samar dengan kelipan pelita minyak tanah. Mandinya hanya air perigi yang sejuk nyaman.  Saya dibesarkan kira-kira dua tahun dengan persekitaran sawah padi menghijau dan menguning. Pada musim menuai, kelihatan tubuh-tubuh tua membanting padi. Pada petangnya lelihatan kanak-kanak mengail puyu dan sepat. Saya kemudian berhijrah dari satu negeri ke negeri lain. Itu hanya titik permulaan kisah hidup saya. Langkah pertama sebelum saya menerok...