Posts

Showing posts from April, 2018
Show All

Iran: negara minyak tanpa kad kredit

Ini negara pertama saya ke timur tengah. Mungkin belum rezeki saya lagi hendak melawat tanah anbia Mekah dan Madinah. Saya hanya diberi peluang ke tanah Iran dahulu. Sejarah Iran tidak kurang hebat pada saya--kerajaan Babylon kira-kira 3,000 tahun dulu, kerajaan Parsi. Saya mendapat pengalaman baru, melihat sendiri tanah Parsi, sebuah kerajaan yang saya kenal semasa belajar Sejarah Islam kira-kira 25 tahun dulu.. Saya di sini selama seminggu kerana bertugas bersama 5 rakan yang lain. Agak teruja. Kami ke sini dengan sat u tujuan--berunding dengan kerajaan Iran bagi Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA), walaupun ada sedikit cabaran kerana Iran dikenakan sekatan ekonomi oleh beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah disebabkan resolusi keselamatan PBB dan Iran juga bukan negara ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Iran adalah negara pertama bukan ahli WTO di mana Malaysia berunding untuk sebuah perjanjian perdagangan duahala. Dengan keadaan itu, runding...