10 tanah tinggi di Switzerland yang best!
Creux du Van. (c) rashidisaid Jika setiap hari mendaki sebuah gunung di Switzerland, tempoh setahun masih belum mencukupi untuk menakluki semua gunung di Switzerland. Mungkin 2 tahun atau lebih. Begitulah gambaran bilangan gunung di Switzerland. Terdapat kira-kira 450 buah gunung di seluruh Switzerland yang terletak di sebelah kiri Banjaran Jura dan di sebelah kanan Banjaran Alps. 450 gunung ini mencakupi kira-kira 2/3 bentuk muka bumi Switzerland. Di tengah-tengah pula terbentang luas bukit-bukau Switzerland. Itu belum masuk lagi kira-kira 7,000 buah tasik (103 darinya adalah tasik bersaiz besar). Nanti kita cerita tentang tasik dan gunung ini. Bagaimana gunung dan tasik ini menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh dunia untuk aktiviti-aktiviti seperti mendaki, "jungle trekking", berbasikal (gunung dan jalanan), mengembara dengan motosikal, aktiviti ski dan lain-lain. Banjaran ini dikongsi oleh 8 buah negara Eropah: Perancis, Monaco, Switzerland, Itali, Liechtenstein,...