Posts

Showing posts from August, 2016
Show All

Musim beku Geneva. Mak ai!

Teringat beberapa tahun dulu, tahun 2012. Gambar-gambar yang beredar seluruh dunia mengenai cuaca sejuk ekstrem di Geneva. Gambar kerusi, pokok, bot, kereta, basikal, jalan raya yang semuanya dilutupi ais. Gambar-gambar ini kebanyakannya diambil di pekan kecil kami -- pekan Versoix. Sebuah pekan kecil yang terletak di pinggir Tasik Geneva, yang hanya ada sebuah bank, sebuah farmasi, sebuah sekolah kebangsaan, sebuah kilang cokelat dan sebuah pasar mini (seperti Speedmart). Rumah kami di Versoix kira-kira 10 minit dengan berjalan kaki dari tepi Tasik Geneva. Pada hujung minggu, di pekan itulah tempat kami menikmati breakfast capuccino, croissant, dan chocolate cakes di sebuah cafe pada musim panas. Itu sahaja yang boleh dimakan. Sesekali teringat roti canai, nasi lemak dan teh tarik. Rindu tanahair. Bila petang, di pekan ini juga kami sekeluarga duduk menghadap tasik sambil menikmati bunyi trumpet Switzerland atau memberi roti pada burung dan itik mullad. Bila masuk musim sejuk, n...

Setelah 14 Tahun, Saya Kembali ke Pulau Perhentian [Hari Pertama]

Impian yang tidak pernah padam untuk menikmati percutian indah di pantai timur, Semenanjung Malaysia -- ya Pulau Perhentian. Hati telah terpaut dengan keindahan pulau ini semenjak 14 tahun lalu. Semenjak itu hati saya tidak pernah padam untuk ke sini lagi. 14 tahun lalu saya telah ke sini. Pada waktu itu percutian saya ke Pulau Perhentian bersama 15 orang lagi sahabat yang juga rakan sepejabat di Kuala Lumpur. Maklumlah sama-sama bujang. Langkah lebih panjang. Flashback: Seingat saya kami bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 12.00 tengah malam. Bercadang bertolak awal tetapi ada seorang rakan pejabat perlu menyiapkan tugasan sehingga lewat malam. Sebabnya boss bagi syarat kalau kerja tak siap tak boleh pergi bercut i. Kami menunggu rakan saya ini disebuah gerai makan dengan harapan dia akan muncul. Jam 12.00 akhirnya muncul juga rakan saya itu..pheww. Chalet tempat kami menginap 15 tahun dulu Kami bertolak kira-kira jam 12.30 tengah malam menyusuri jalan lama (jalan pantai...