Posts

Showing posts from October, 2017
Show All

Nostalgia di bumi Swiss

Saya tiba di Geneva Airport pada pukul 12.30 tengahari. Bila tiba di airport, Yusof, pemandu Pejabat Perwakilan dah menunggu di pintu luar balai ketibaan. Saya tak kenal tapi bila keluar dari balai ketibaan dia sudah tersenyum. Yusof kenal saya melalui gambar sahaja katanya. Yusof adalah pemandu baru Pejabat Perwakilan yang berasal dari Algeria. Bila tiba di luar pintu airport, saya sedut udara Geneva yang sudah saya tinggalkan selama 7 tahun. Masih segar, sejuk, dan bersih seperti dulu..hmmm. Mulut berasap! sebab udara sejuk. Saya ambil peluang dengan masa yang terhad melawat pekan Versoix, Geneva sebelum mesyuarat penuh dari Isnin hingga Jumaat. Takut tak sempat sebab flight balik pada awal pagi Sabtu. Untuk ke Vesoix, saya perlu menaiki bus yang se jam sekali pada hari Ahad -- jadual saya rasa cukup pelik 1.36, 2.36, 3.36, 4.36. Siap ada tiga puluh enam minit. Tapi saya tidak terkejut sebab bas memang tiba pada pukul 4.36. Saya ambil bas yang sama iaitu bas "V" (mung...

"Balik Kampung"

Dah lama tak update blog ni sebab kesibukkan penyediaan tesis P.hD saya. Alhamdulillah, tesis sudah dihantar untuk pemeriksaan pada hujung Ogos yang lepas. Ketika ini saya hanya menunggu tarikh untuk viva vorce saja. Lama juga menunggu. Mungkin disebabkan external examiners menyemak tesis agak memakan masa--seorang examiner dalaman UPM, seorang dari UIAM, and seorang Prof. dari Korea. Pada ketika ini saya telah pun mula bertugas semua (kontrak JPA pun dah habis). Niat hari nak bertugas di pejabat berdekatan dengan rumah, tapi rezeki tetap di Kuala Lumpur. Maknanya kena berulang alik dari Kajang ke KL setiap hari. Takpe. Saya terima dengan hati terbuka :D Setelah sebulan, saya di arah untuk bertugas ke Geneva semula selepas 7 tahun sejak balik dari Geneva. Teruja! sebab akan "balik kampung". Di dalam kepala macam-macam benda nak buat --melawat tempat tinggal lama di Chemin Regiment de Conti, Versoix, melawat sekolah lama anak di Pregny, merayap di tepi tasik Geneva..wah ma...