Sebenarnya hasrat nak mengembara dengan campervan atau motorhome dah lama. Dari kali pertama di Geneva dulu pada tahun 2008-2010, nak cuba tapi asyik bertangguh. Trip kali ni memang agak teruja sebab ia satu pengalaman baharu, sebelum ini pengembaraan banyak dengan kereta atau kapal terbang. Jadi kami putuskan mengapa kali ni tak cuba mengembara dengan motorhome? Mengembara dengan motorhome kena buat perancangan rapi dan tempahan kena buat lebih awal terutamanya kalau mengembara pada musim panas sebab permintaan untuk kenderaan motorhome agak tinggi. Dalam bulan Mei sebelum cuti musim panas bulan Ogos, saya buat perancangan dengan mencari syarikat-syarikat sewa motorhome secara online, cari syarikat sewa motorhome yang berdekatan dengan Geneva supaya senang untuk ambil dan hantar motorhome kelak. Perancangan kitaorang lebih kurang macam ni: Pertama : Dengan ahli keluarga seramai lima orang, saya bandingkan kos sewa hotel dengan sewa motorhome dan kos-kos lain. Kami dengan ahli kel...
Tasik-tasik best di Switzerland
Tasik Geneva (c)rashidisaid Switzerland memang mempesonakan disebabkan pemandangan yang penuh dengan pergunungan. Jika sebelum ini saya dah kongsi tentang gunung-ganang Switzerland, kali ini nak kongsi dengan korang tentang tasik pula. Seperti juga gunung, Switzerland tidak bermakna tanpa tasik. Tasik adalah sumber air utama populasi Switzerland disebabkan Switzerland adalah negara daratan (landlocked) tidak mempunyai laut. Sebab itu rakyat Switzerland sangat-sangat memelihara tasik diorang dari tercemar. Nak nampak sampah terapung dalam tasik pun susah. Switzerland memiliki kira-kira 7,000 buah tasik yang mana 103 darinya adalah tasik bersaiz besar . Ini antara tasik yang best yang korang boleh melawat, santai, duduk, baring, lelap, makan, berkelah, ambil selfie dan wefie, mandi, berjemur, menaiki bot dan sebagainya. Memang indah dengan pemandangan pelbagai tasik yang menakjubkan. Tasik Geneva atau Lac Léman dalam Bahasa Perancis Tasik Geneva sepanjang 100km (c...