Bersama sahabat di Lugano
Bulan Disember :: musim sejuk :: negatif 7 darjah celcius. Kami melawat rakan dan suaminya dalam kini sedang melanjutkan pelajaran sarjana di sebuah universiti di Lugano, Switzerland. Amat jarang rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran di Switzerland, apatah lagi bandar di Switzerland seperti Lugano. Bandar cantik dengan jumlah populasi kira-kira 70,000 yang terletak kira-kira 400km dari Canton Geneva, Switzerland yang bersempadan dengan Itali, kira-kira 80km dari kota fesyen Milan. Mereka berdua sahaja pelajar Malaysia di situ. Mungkin bandar asing bagi mereka. Mungkin. Menyingkap sebulan sebelum itu, saya masih ingat saya menerima panggilan dari rakan saya ini, Siti Juriani dan suaminya yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rumah sewa di Lugano. Ketika itu mereka sudah tiba di Lugano. Bukan tiada rumah sewa tetapi disebabkan deposit yang diminta sangat tinggi oleh agen. Deposit unt...